[VIDEO] “Sebijik suara Ustaz Ebit Lew” Usaha ‘Ustaz Tido’ Bantu Golongan Miskin Dipuji Netizen

Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew antara nama yang tidak asing lagi. Seorang insan yang sanggup turun padang untuk melihat dan menolong golongan yang memerlukan.

Keperibadian beliau sentiasa menjadi bualan ramai orang di atas sikapnya yang baik serta sentiasa membantu golongan yang memerlukan.

Ustaz Tido dikatakan mirip Ustaz Ebit Lew

Namun begitu, seorang lagi pendakwah dikenali sebagai ‘Ustaz Tido’ mendapat perhatian netizen.

Ustaz Khailil Razak atau lebih dikenali sebagai Ustaz Tido turut dikenali dengan aktiviti membantu dan memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Menerusi video yang dimuat naik Isnin lalu melalui Facebook miliknya menunjukkan betapa beliau prihatin terhadap nasib sebuah keluarga yang menetap di dalam kebun sawit.

Memberi bantuan kepada yang memerlukan

“Menangis hari ni ziarah kasih sayang bantu seorang abang bersama isteri dan 2 orang anak kecil duduk dalam kebun sawit sebelah kilang arang, kesiannya tengok”.

“Duduk keadaan macam ni, rumah dah macam nak roboh. Allahu saya usahakan rumah sewa untuk keluarga ni. Alhamdulillah esok dapat masuk satu rumah sewa yang lebih selesa, syukur”.

Tidak mahu bebankan sesiapa

“Abang ni berkali kali menolak takut susahkan saya, tu je. Takut bebankan saya”.

“Saya sayang anak abg dan saya buat ni semua sebab nak Allah sayang. Nak belajar erti syukur dan insyaAllah rezeki Allah bagi. Ramai jer yang nak menyumbang”.

“Abang boleh duduk rumah sewa ni sampai bila2. InsyaAllah saya uruskan semua. Saya suka abang rajin kerja dan saya nak abg terus bekerja dan berusaha. Jaga solat, isteri abang ni sebak”.

Semoga Allah luaskan rezeki akak

“Alhamdulillah bagi sikit duit belanja dan ada akak ni baik hati bagi baju untuk anak2 mereka. Semoga Allah luaskan rezeki akak. Cantik2 baju yang diberi dan baru2 nampak”.

“InsyaAllah esok saya uruskan perpindahan keluarga ni. Mohon doa semua. Kita macam sebuah keluarga yang hanya nak sayang menyayangi antara kita”.

“Saya rasa berdosa abang akak duduk macam ni setiap hari sedangkan saya tidur nyenyak makan boleh makan apa saya nak. YaAllah maafkan saya dan rahmatilah kami semua”.

Suara percakapannya persis Ustaz Ebit Lew

Apa yang lebih menarik perhatian adalah cara percakapannya dikatakan persis Ustaz Ebit Lew.

Sementara itu, rata-rata pengguna di Facebook memuji usaha murni ‘Ustaz Tido’ dan mendoakan dipermudahkan urusan dalam membantu golongan yang dalam kesusahan.

Semoga lebih ramai yang tampil untuk membantu dan menghulurkan bantuan golongan yang memerlukan.