“Ada lelaki bukan mahram 28 tahun” Ini Penjelasan JHEAT Kes Khalwat Wanita Dengan Adik Angkat

Sekitar semalam telah viral satu kisah di media sosial apabila seorang wanita mendakwa ditangkap khalwat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu(JHEAT) bersama suami yang kurang upaya (OKU).

Sehubungan dengan itu, kisah itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang rata-ratanya berang dengan tindakan JHET yang dianggap tidak membuat siasatan terlebih dahulu.

JHEAT luah rasa kesal

Memetik laporan Harian Metro ,bahagian Penguatkuasaan JHEAT meluah rasa kesal dengan kecaman netizen ke atas mereka.

Sementara itu menurut JHEAT, serbuan dilakukan hasil selepas risikan mendapati seorang lelaki kerap keluar masuk di rumah berkenaan.

JHEAT mengesahkan serbuan jam 11.20 malam

Menurut Ketua Pegawai Penguat Kuasa Syariah JHEAT Mohd Adnan Abdullah, pihaknya sedia maklum dengan status dibuat mangsa di Facebook pagi tadi dan mengesahkan melakukan serbuan jam 11.20 malam.

Selain itu, bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) kesal dengan penyebaran berita yang mendakwa jabatan berkenaan menganiayai seorang wanita dengan tuduhan berkhalwat.

Difahamkan, isu tersebut telah menjadi perhatian dalam kalangan warganet sejak pagi selepas wanita terbabit mendakwa ditahan atas tuduhan berkhalwat dengan seorang lelaki di rumahnya di daerah Besut, semalam.

Dituduh berkhalwat ketika bersama dengan keluarga

Terdahulu, wanita tersebut mendakwa dituduh berkhalwat dengan lelaki yang mengaku ahli keluarga sedangkan ketika kejadian terdapat suami dan kakaknya serta empat kanak-kanak termasuk dua anaknya.

Menurut Ketua Pegawai Penguat Kuasa Syariah JHEAT Mohd Adnan Abdullah berkata, pihaknya sedia maklum dengan status dibuat mangsa di Facebook pagi tadi dan mengesahkan melakukan serbuan jam 11.20 malam.

8 orang didalam rumah ketika serbuan

Serbuan dilakukan hasil aduan dan risikan terdapat seorang lelaki yang kerap keluar masuk di rumah berkenaan.

“Ketika serbuan, terdapat lapan orang termasuk empat kanak-kanak di dalam rumah berkenaan dan kita menahan dua wanita yang juga pasangan adik-beradik dan seorang lelaki yang didakwa adik angkat kepada dua beradik itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Adnan berkata, pihaknya sedia maklum penahanan wanita berusia 30 tahun bersama adik lelaki angkatnya berusia 28 tahun.

Ia menimbulkan pelbagai reaksi memandangkan suami wanita terbabit turut berada di rumah sama selain terdapat kakaknya yang berusia 40-an.

Kakak turut dituduh bersubahat

Pihaknya melakukan serbuan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) JHEAT sendiri dan penahanan itu dilakukan dengan mengambil kira pelbagai faktor.

“Wanita dan adik angkat itu ditahan atas kesalahan khalwat manakala kakak kepada wanita terbabit pula ditahan kerana bersubahat”.

“Kita tidak nafikan suaminya ada di rumah berkenaan dan mereka mendakwa lelaki terbabit anak angkat kepada keluarga mereka”.

Suami wanita mengalami masalah kesihatan

Namun ia tetap menjadi kesalahan kerana mereka bukan mahram apatah lagi suami wanita terbabit mengalami masalah kesihatan,” katanya.


Ujar Mohd Adnan lagi, masyarakat tidak boleh menganggap ia tidak menjadi kesalahan sekiranya di dalam rumah berkenaan terdapat ahli keluarga yang ramai.

Kes masih disiasat

Katanya, apabila terdapat lelaki yang bukan mahram, ia juga menimbulkan syak yang menjadi kesalahan.

“Dalam kes ini, JHEAT sudah membuat risikan sebelum mengambil tindakan dan bukannya sewenang-wenangnya mengambil tindakan sedemikian”.

“Kes ini masih dalam siasatan dan kita harap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dengan kes disiasat mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu khalwat dan Seksyen 55 enakmen sama kerana penyubahatan,” katanya.

Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan baik bagi kedua-dua pihak dan diharap ini menjadi pengajaran kepada yang lain.