[VIDEO] Meleleh Air Mata Pengemis Kanak2 Makan Cili Demi Wang, Lelaki Ini Hanya Gelak Ketawa

Tidak semua dari kita bernasib baik dilahirkan dalam kemewahan. Ada di antara kita perlu menagih simpati orang lain demi sesuap nasi.

Kesempitan hidup membuatkan manusia sanggup berbuat apa sahaja, walaupun sehingga membahayakan diri.

Apa yang lebih menyedihkan apabila ada segelintir manusia yang tergamak mengambil kesempatan atas kesempitan hidup orang lain.

Pengemis kanak-kanak sanggup makan cili demi duit

Seperti kisah mengenai satu video yang tular memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang sedang mengemis di kaki lima sebelum didatangi oleh seorang lelaki.

Menerusi video tersebut, seorang lelaki menawarkan kanak-kanak itu sejumlah wang, dengan syarat dia perlu makan sebiji cili padi.

Kanak-kanak itu habiskan cili dengan linangan air mata

Jika diperhatikan, kerana sangat memerlukan wang tersebut kanak-kanak itu dengan segera memakan cili yang pedas itu dengan keadaan tersenyum bagi menyembunyikan kepedasannya.

Apa yang lebih meruntum jiwa apabila lelaki yang menawarkan wang kepada kanak-kanak itu terhibur dan ketawa apabila si kecil tersebut mampu menghabiskan cili yang pedas dengan linangan air mata.

Lelaki tersebut mentertawakan pengemis kanak-kanak itu

Walaupun jumlah yang diterima tidak sebesar mana, namun kanak-kanak ini kelihatan gembira dan tersenyum mendapat wang iu walaupun perit menahan pedas.

Pelbagai rasa sakit hati bercampur sebak melihat video itu, masih ada lagi manusia bergelak ketawa di atas kesusahan insan lain.

Semoga kisah ini menjadi contoh dan pengajaran kepada kita semua supaya menghormati dan mengasihi antara satu sama lain.