[VIDEO] Pasangan Jepun Masak Kari Ayam Guna Resepi Sugu Pavithra Di YouTube

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang sudah pun mengenali Sugu Pavithra, yang berjaya mencipta nama selepas kisah channel YouTube masakannya mula mendapat perhatian media dan netizen di seluruh negara baru-baru ini. Buat anda yang masih tidak tahu, Sugu hanya menggunakan smartphone untuk merakam video-videonya di YouTube dan mula menarik perhatian ramai selepas menerima bayaran daripada [...]

Dalam tempoh seminggu ini semakin ramai netizen yang mengenali Sugu Pavithra, yang telah berjaya mencipta nama selepas kisah channel YouTube masakannya mula mendapat perhatian media.

Bagi anda yang masih tidak mengenali Youtuber ini, Sugu hanya menggunakan kamera telefon untuk merakam video-videonya di YouTube dan sehingga hari ini Sugu Pavithra mempunyai hampir 300 ribu subscibers.

Sugu mula menarik perhatian ramai selepas jumlah subscriber meningkat kepada angka 100 ribu dan mula menerima bayaran daripada Google Adsense.

Buat pengetahuan semua, Youtuber yang layak akan menerima bayaran daripada Adsense bagi setiap jumlah tontonan video di laman Youtube.

Meskipun Sugu hanya berkongsi resepi masakan tempatan dengan ringkas, siapa sangka perkongsian yang dibuatnya berjaya mencuri perhatian pasangan daripada Jepun.

Pasangan ini menggunakan resipi dari Sugu untuk memasak kari ayam.

Youtuber dari Jepun ini yang mempunyai 80 ribu subscribers dikenali sebagai iChang RM juga pernah berkunjung ke Malaysia sebelum ini.

Mereka telah memuat naik video memasak kari ayam pada pertengahan bulan lepas dan sehingga kini sudah pun mendapat lebih 200 ribu tontonan.

Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah pasangan tersebut mengikuti satu persatu tips yang diberikan dalam video resepi Sugu.

Mereka berdua memasak kari ayam sambil menonton video Sugu untuk mendapatkan resepi yang tepat.

Perbezaan bahasa dan ketiadaan rempah ratus tidak menjadi halangan buat pasangan ini menyiapkan masakan mereka.

Malah, pasangan tersebut dilihat tidak mempunyai masalah untuk mengikuti perkongsian yang diberikan dengan menggunakan bantuan daripada Google Translate.

Walau bagaimanapun, mereka terpaksa membuat campuran sendiri rempah ratus kerana rempah kari Babas yang digunakan Sugu tidak dijual di tempat tinggal mereka di Hong Kong.

Ternyata pasangan ini akhirnya berjaya menyiapkan kari ayam berpandukan dengan resepi Sugu Pavithra.

Mereka juga menggunakan daun pisang sebagai alas hidangan sama seperti yang dilakukan di sesetengah restoran di Malaysia.

Jom tonton bagaimana pasangan Jepun ini memasak hidangan kari ayam beralaskan daun pisang menggunakan resepi Sugu Pavithra.