Dua Bot Dinaiki Rohingya Dilapor Tunggu Masuk Ke Perairan Malaysia

Bulan lalu, seramai 200 orang etnik Rohingya telah membuat cubaan memasuki perairan Langkawi.

Menerusi maklumat terbaru, Pasukan Polis Marin (PPM) menerima maklumat ada dua bot dinaiki etnik Rohingya.

Menunggu masa menceroboh masuk ke Malaysia

Bot tersebut kini berada di kawasan perairan negara jiran dan menunggu masa untuk menceroboh masuk ke Malaysia.

Menurut Komander PPM Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Mohd Yusof Mamat berkata, selepas insiden cubaan 200 pendatang asing tanpa izin (Pati) etnik Rohingya menyeludup masuk ke negara ini menerusi perairan Langkawi berjaya dipatahkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), pihaknya menerima maklumat masih terdapat bot lain sedang cuba masuk ke sini.

Kawalan ketat semua agensi 

Menerusi Harian Metro, beliau berkata buat masa ini mereka tidak berani masuk ke Malaysia.

Ini kerana selepas semua agensi membabitkan PPM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengetatkan kawalan di perairan negara.

Dua bot berada di perairan negara jiran

Difahamkan, bot-bot berkenaan sedang berada di perairan negara jiran dan menanti masa yang sesuai untuk masuk ke Malaysia.

“Apa yang kita terima memang ada dua bot lagi berada di perairan negara jiran”.

Mereka tidak berani untuk berlabuh

Walaubagaimanapun, semua agensi dan pihak berkuasa sedang memperketatkan kawalan perairan negara.

“Namun disebabkan kawalan ketat ini dengan tiga lapisan daripada ATM, APMM dan PPM menyebabkan mereka tidak berani masuk ke negara ini untuk berlabuh,” katanya.

Semoga kawalan ketat dari pihak berkuasa di sempadan perairan negara dapat mematahkan cubaan masuk berkenaan.