[VIDEO] “Panjat meja siap tolak akak tu” Biawak Masuk Office, Abang Sado Ketakutan Jadi Perhatian Netizen

Mempunyai perasaan takut terhadap binatang merupakan perkara normal. Tidak kira lah wanita atau lelaki, andai kata perasaan takut tu dah datang, memang buka langkah seribu!

Seperti yang kita tahu, gigitan haiwan liar seperti biawak sangat berbahaya. Antara kesanyang paling sering terjadi kepada manusia adalah muncul bengkak sesaat setelah digigit binatang ini oleh kerana bakteria yang ada dalam liur biawak mampu masuk dalam aliran darah dan mengganggu kelancaran darah untuk mengalir.

Tak hairan lah kalau ada yang lari tak cukup tanah kalau jumpa haiwan ini.

Sama juga seperti sebuah rakaman viral di TikTok @afiqperoduaviral ini yang memaparkan gelagat tiga orang pekerja di dalam pejabat lari menggelupur apabila seekor biawak masuk telah mencuri tumpuan ramai.

Pekerja wanita dan salah seorang pekerja lelaki dilihat sudah berdiri di atas kerusi dan meja masing-masing. Manakala seorang lagi masih cuba untuk mengawal rasa takut.

Namun keadaan menjadi kecoh apabila biawak itu meluru masuk ke dalam bilik tersebut dan mereka serentak menjerit dan melompat ke atas meja sebelum berlari turun keluar dari situ.

Apa yang membuatkan netizen ‘berdekah’ adalah lelaki yang digelar ‘abang sado’ di ruangan komen itu menolak rakan wanitanya sehingga terjatuh demi menyelamatkan diri.

Video tular di laman Tiktok

@afiqperoduaviralBiawak masuk office 🤣😂 larii 🏃🏃##fypdongggggggg ##foryou ##viral2021♬ bunyi asal – Mohd Afiq Ramli

Sejurus sahaja mereka berjaya keluar daripada bilik itu, kedengaran suara rakannya yang lain tidak dapat menahan ketawa melihat ragam dua orang rakannya yang gigih menyelamatkan diri itu.

“Gaiss kita Kasi Sticker Muka ya.. Nak elak kan unsur2 tak sihat”

@afiqperoduaviralgaiss kita Kasi Sticker Muka ya.. Nak elak kan unsur2 tak sihat.. 👍👍✌️##fypdongggggggg ##foryou ##viral2021 ##nakbelikeretabaru📱pm♬ bunyi asal – Mohd Afiq Ramli

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut berjaya meraih 1.4M tontonan, 83.5K tanda suka, 6945 komen dan 5863 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen rata-rata netizen turut terhibur dengan telatah mereka yang ‘menggelupur’ lari dek kerana seekor biawak. Ada juga yang berseloroh mengatakan abang sado itu tidak gentleman kerana antara ramai-ramai dia yang paling kelam-kabut lari.


Menerusi video lain yang dimuat naik, kelihatan Anggota Pertahanam Awam Malaysia berjaya menangkap biawak tersebut.

“THIS is my HERO. terima kasih abam2 ANGKATAN PERTAHANAN AWAM”

@afiqperoduaviralTHIS is my HERO. terima kasih abam2 ANGKATAN PERTAHANAN AWAM💪😎😎##nakbelikeretabaru📱pm ##viral2021 ##foryou #fypdongggggggg###fypシ @kaeirah87♬ bunyi asal – Mohd Afiq Ramli

Rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada anggota APM yang datang membantu mereka untuk menangkap biawak tersebut.