Anak Perempuan Maut Jatuh Hotel, Ibu Menangis Sayu Kongsi Video Terakhir Arwah

Benarlah, Jodoh, ajal dan maut di tangan tuhan. Tidak akan cepat sesaat dan tidak akan kurang sesaat.

Baru-baru ini kecoh di dada akhbar apabila seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 6 tahun di jemput Ilahi setelah usai mandi kolam di sebuah hotel di Pulau Pinang.

Difahamkan, kanak-kanak yang dikenali sebagai Nur Airis Hafeeya itu secara tiba-tiba meluru masuk ke dalam lif namun tidak sempat dikejar oleh adik beradiknya yang lain.

Setelah hampir 10 minit mencari kanak-kanak tersebut, alangkah luluhnya hati mereka apabila mengetahui anak mereka terjatuh dari tingkat 9 hotel tersebut.

Video terakhir arwah

@nurairishafeeya##NurAirisHafeeya ##anaksurgaku ##alfaltihah… Puteri syurgaku buat video terakhir utk tatapan kami😭😭♬ original sound – faizal. husain

“Puteri syurgaku buat video terakhir utk tatapan kami”

Mengulas lanjut, Jenazah kanak-kanak tersebut dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah.

Menerusi beberapa perkongsian di laman TikTok @nurairishafeeya, memaparkan ahli keluarga yang datang melawat pusara Airis Hafeeya, namun suasana bertukar sebak apabila ibunya perlahan-lahan mengusap pusara sambil meninggalkan pesan dan bercakap seolah-olah dia masih ada.

Ziarah pusara di hari kedua

@nurairishafeeya##NurAirisHafeeya ##anaksurgaku ##alfaltihah. Ziarah pusara puteri surgaku hari kedua♬ original sound – faizal. husain

“baru mama perasan, adik tak pernah sakit langsung dari lahir sampai sekarang, adik sihat sahaja membesar dengan ceria disamping keluarga…

“Adik tak pernah demam teruk-teruk, sakit teruk-teruk sampai menyusahkan mak abah.. maafkan kami adik kalau kami semua ada silap dekat adik,lalai dalam menjaga adik..

“Salah silap dalam percakapan masa mendidik adik..kurang ilmu yang mama bagi, abah bagi, kakak bagi, abang bagi..jodoh pertemuan kita di dunia Allah dah atur sampai sini sahaja adik ya..”

@nurairishafeeya##NurAirisHafeeya ##anaksurgaku❤️ ##alfaltihah ##tenangdisurga ##anakbongsuku ##akuredha Hari ke 2 ziarah pusara anakku part2.♬ original sound – faizal. husain

@nurairishafeeya##NurAirisHafeeya ##anaksurgaku ##alfaltihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat anak puteri syurgaku sayang😭😭🥰♬ original sound – faizal. husain

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dan mengakui dapat merasakan sakitnya apabila kehilangan orang yang kita sayang selamanya.

Tak kurang dengan itu, ramai juga netizen yang memberi kata-kata semangat buat keluarga agar terus kuat untuk menempuh hari-hari yang akan datang.

 


Sebelum ini, media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia setelah terjatuh dari bangunan hotel di Tanjung Bungah, Pulau Pinang pernah meluahkan keinginan mahu ke syurga.

Menurut Siti Norra Salleh anak bongsunya itu menyatakan perkara tersebut dua hari sebelum kejadian.

“Dia ada menyebut tidak sabar nak pergi ke syurga dan saya tidak sangka ia adalah petanda kami akan kehilangannya buat selama-lamanya,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, mangsa serta ahli keluarganya dari Sungai Petani, Kedah menginap di hotel berkenaan.

Sumber memaklumkan, sebelum kejadian, kanak-kanak itu dikatakan baru sahaja selesai mandi di kolam renang di tingkat bawah hotel berkenaan bersama ahli keluarganya.

“Selesai mandi, mereka sekeluarga sedang bersiap untuk naik ke bilik hotel semula untuk mengemas barang.

“Bagaimanapun secara tiba-tiba anak bongsu daripada empat beradik itu dikatakan meluru masuk ke dalam lif seorang diri sebelum pintu lif tertutup.

“Ahli keluarga lain yang tidak sempat mengikut mangsa kemudiannya mencari mangsa kira-kira 10 minit sebelum dikejutkan dengan penemuan mayat kanak-kanak itu di tingkat dua hotel berkenaan,” katanya.