[VIDEO] Dulu Beli Emas Hanya RM662, Sekarang Jual Balik Dapat RM5,800!

Emas merupakan perkara yang paling digilai ramai wanita. Hampir semua wanita menggunakan emas sebagai perhiasan diri kerana sifatnya yang berkilauan dengan warna keemasan menimbulkan seri pada si pemakai. Emas juga dijadikan sebagai pelaburan yang sangat menguntungkan untuk jangkamasa yang panjang.

Sama juga dengan kisah yang tular baru baru ini yang dikongsi seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Diyah_Hasyim berasal dari Indonesia dimana dia menceritakan keuntungan yang diperoleh oleh seorang gadis yang bertindak menjual gelang emas yang dibeli oleh bapanya.

Menerusi video terebut, gelang itu dikatakan dibeli pada tahun 1980 dengan harga Rp 2,250 (RM662) dan harga per gram emas ketika itu adalah Rp 70 ribu (anggaran RM20.60).

“Bapanya beli emas pada tahun 1980 masa ini emas per gram Rp 70 ribu (anggaran RM20.60). Cuba kira berapa keuntungan dia guys!”

Pelaburan tersebut membuahkan hasil apabila gelang emas tersebut berjaya dijual semula dengan harga Rp 20 juta (RM5,894) dan mengikut pengiraan gadis ini memperoleh keuntungan sebanyak RM5,523.

Ketika artikel ini ditulis, video berdurasi 20 saat itu telah pun meraih 2.8M tontonan, 58.1K tanda suka, 3631 komen 1325 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen rata-rata netizen menyarankan orang ramai untuk menyimpan emas sebagai satu pelaburan oleh kerana peningkatan emas saban hari.


Video tular di laman Tiktok

“baru beli .pas di jual mau nya naik .jngn salah paham iya guys kita trima emas ada pasaran emas nya”

@diyah_hasyimbaru beli .pas di jual mau nya naik .jngn salah paham iya guys kita trima emas ada pasaran emas nya##masukberanda ##fypdongggggggg ##fypシ ##YangPentingLakuin♬ Wolfgang Dance – DUTCH N3VER DIE!!!!