Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakkan 2.0 (PKP) yang baru sahaja diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam pastinya menghadirkan khabar kurang enak dengan keadaan negara.

Pastinya ramai yang kembali terkesan disebabkan penularan pandemik ini sehingga ada yang kehilangan mata pencarian.

Jadi, hal tersebut membuatkan ramai yang sanggup melakukan pelbagai pekerjaan demi untuk mendapatkan sesuap nasi buat diri dan keluarga.

Hal ini samalah seperti satu perkongsian yang tular di media sosial apabila seorang lelaki warga emas berdiri dalam keadaan gelap untuk menjual barangan bundle di tepi jalan.

Video tersebut telah dimuat naik oleh satu akaun Tiktok bernama bilfami dan dikongsikan semula di Twitter milik wanita bernama YB Kak Mira serta mendapat pelbagai respon warganet.

Menerusi maklumat yang disampaikan, pakcik tersebut berdiri di kawasan Pasar Isnin dari siang sehingga malam tanpa berbekalkan lampu di tempatnya berniaga dan tidak ada meja serta kerusi juga.

Dia yang belum tahu mengenai pengumuman PKP sedikit mengeluh dan tergelak kecil seolah-olah menutupi kegusaran hatinya.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet yang menonton video tersebut berasa sebak dan simpati mengenangkan nasib pakcik terbabit dan juga insan yang senasib dengannya.

Masing-masing mendoakan agar urusan warga emas itu dipermudahkan dan mendapat rezeki yang baik walaupun berada dalam situasi sukar.

Menerusi perkongsian terbaru, Mira berjaya mendapatkan butiran pakcik tersebut untuk menyalurkan dana bantuan.

Esok, aku akan try cari details pakcik ni. Apa yang kita boleh bantu, kita akan cuba bantu. Semoga Allah lapangkan kita dari segala kesulitan. Kepada Allah kami berserah.

Aku dah dapat details pakcik tu. So aku akan collect dana selama 24 jam sahaja bersama dengan @welistenMY dan kami akan bagi terus pada pakcik tu melalui NGO yang terlibat. I will update the total of the donation dekat sini.”


8602711401 Unique Ideal Global Cimb Ref: Pakcik PKP

 

 

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.