[VIDEO] Niat Nak Gurau Baling Ulat Kena Tangan, Sekali Isteri Nangis Suami Berlari Pujuk

Setiap orang pastinya mempunyai perasaan fobia terhadap binatang atau serangga kecil seperti lipas, cacing, cicak atau seangkatan dengannya.

Lazimnya, perasaan fobia ini lebih ketara di kalangan orang perempuan namun begitu, segelintir kaum lelaki turut mempunyai serangga atau binatang yang tidak digemari.

Tambahan pula apabila bintang atau serangga yang ditakuti mempunyai struktur badan yang lembik dan menggelikan.

Gurauan suami bertukar dengan linangan air mata isteri

Seperti kisah yang tular di laman Instagram mengenai seorang wanita yang fobia dengan ulat.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik itu menceritakan mengenai seorang wanita yang terkejut sehingga menangis apabila diusik oleh suaminya.

Ulat terkena tangan isteri 

Rakaman video yang dikongsikan oleh Puan Hajar Hanif, dia mengakui sangat takut kepada ulat namun tidak sangka Encik Suami telah membaling binatang kecil berkenaan kepadanya.

Tanpa diduga, binatang kecil tersebut kemudiannya telah terkena pada bahagian tangannya.

Geli sehingga menangis teresak-esak

Oleh kerana terlalu geli dan terkejut dengan gurauan itu, dia dilihat terus meluru masuk ke dalam rumah dan menangis teresak-esak meskipun sudah dipujuk.

Kemudiannya, mungkin suaminya berasa bersalah membuat isterinya menangis sebegitu, suaminya dikatakan turut memuat naik rakaman yang sama dengan kapsyen meminta maaf.

Tindakan pantas suaminya dipuji netizen

Video yang dikongsikan semalam itu telah berjaya video itu sudah meraih perhatian ramai dan tular di media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji tindakan pantas suaminya yang segera menjernihkan keadaan apabila melihat isterinya menangis.