[VIDEO] Baru Nak Tunjuk Skill ‘Mengayuh’, Gadis Malu Teruk Sampan Tiba-tiba Terbalik

Melakukan aktiviti-aktiviti beriadah bersama kawan-kawan pastinya sesuatu yang menyeronokkan.

Tambahan pula apabila kawan-kawan itu sama-sama gemar melakukan aktiviti luar seperti berbasikal, jogging ataupun berkayak.

Namun begitu, disebalik keseronokan melakukan aktiviti-aktiviti tersebut perkara yang paling penting adalah keselamatan.

Gadis ini teruja dayung sampan bersama rakan 

Keselamatan harus diberikan keutamaan dalam apa jua aktiviti yang dipilih supaya tiada sebarang kecederaan dan perkara yang tidak diingini.

Jika tidak berhati-hati dan hanya mahu berseronok, anda mungkin akan cedera atau menanggung malu seperti yang dialami oleh gadis ini.

Gadis ini telah memuat naik satu rakaman video menerusi aplikasi TikTok yang menggambarkan dia sedang mendayung sampan bersama rakannya.

Sedang keluarkan air dari sampan tiba-tiba sampan terbalik

Akan tetapi lain pula yang kejadian terjadi apabila dia dan rakannya begitu teruja mahu melakukan aktiviti tersebut.

Gadis pertama sudah berada di dalam sampan dan sedang mengeluarkan air dari sampan tersebut dan seorang rakannya telah masuk ke dalam sampan tersebut.

Namun begitu, baru sahaja beberapa saat gadis kedua menyertainya tiba-tiba mereka tidak dapat mengawal keadaan sampan tersebut.

Hilang keseimbangan akhirnya kedua gadis basah kuyup

Kejadian yang mencuit hati itu berlaku dalam sekelip mata dan keduanya sedang berada di dalam air dan basah lenjun.

Menerusi rakaman video itu memaparkan salah seorang dari gadis berkenaan tidak dapat mengawal keseimbangan sampan berkenaan.


Gamit suasana apabila kedua gadis turut tertawa

Jelas kelihatan kedua gadis berkenaan tidak bersedia dengan risiko yang dihadapi mereka dan berada dalam keadaan panik sehingga sampan itu terbalik.

Apa yang menarik adalah bukan sahaja orang sekeliling mentertawakan mereka malah mereka berdua turut tertawa dengan kejadian yang menimpa mereka itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan video berkenaan namun ada diantara mereka turut menasihati supaya mengutamakan keselamatan dalam apa jua keadaan.

Video tular di Tiktok

@payyyyy30Ga kuaatt😭🤣 @hikmawandzikri6 ##fyp ##fypdongggggggg

♬ original sound – niifevyy_🧚