[VIDEO] “Ni bukan makanan manusia, ni makanan ikan” Youtuber Perlekeh Makanan Tradisi Sabah

Malaysia terkenal dengan kepelbagaian makanan yang sedap dan menarik. Ini kerana negara kita mempunyai pelbagai kaum dan bangsa.

Jadi hampir setiap kaum dan bangsa mempunyai makanan yang digemari oleh hampir semua rakyat Malaysia.

Jika Melayu terkenal dengan Nasi Lemak, India pula terkenal dengan Roti Canai, kaum Cina pula terkenal dengan dim sum.

Malaysia syurga makanan

Selain itu, pelbagai makanan mewakili setiap negeri seperti kelantan ada nasi kerabu, terengganu nasi dagang, melaka terkenal dengan asam pedas dan lain-lain negeri.

Begitu juga dengan sabah dan sarawak. Sarawak terkenal dengan mee kolok dan sabah juga tidak kurang hebatnya.

Bagi masyarakat Sabah, Latok atau rumpai laut merupakan makanan tradisi mereka yang terkenal dan digemari ramai bukan sahaja mereka yang berasal dari Sabah.

Youtuber didakwa perlekeh makanan tradisi Sabah 

Baru-baru ini, telah tular satu video memaparkan 2 orang youtuber sedang membuat review makanan tradisi orang Sabah iaitu Latok.

Apa yang mengecewakan adalah menerusi video berkenaan youtuber tersebut didakwa memperlekehkan makanan tradisi orang Sabah itu.

Ramai berang bila kata Latok makanan ikan

Menerusi satu posting oleh seorang pengguna, IzwanHs memuat naik komen ketidakpuasan mengenai cara youtuber berkenaan yang dikatakan telah menyindir makanan tersebut.

Menurut pengguna twitter itu, apa yang membuatkan dia berang apabila youtuber berkenaan mengulas review latok tersebut adalah makanan ikan.

Latok terkenal dan digemari ramai

Selain itu, Izwan telah menyuarakan hal ini bagi suku kaum sabah, kerana Latok ini merupakan makanan kegemaran ayahnya dan dia juga orang sabah dari suku kaum Bajau.

Malah dia juga berkongsikan cara memakan Latok dengan betul di media sosial, bagi siapa yang mahu cuba.

Latok dikira sebagai lauk sampingan

Disamping itu juga, dia turut menerangkan serba sedikit mengenai latok yang dikira sebagai makanan sampingan dalam satu hidangan.

Rata-rata netizen turut tidak berpuas hati dengan youtuber berkenaan. Difahamkan youtuber itu juga turut membuat permohonan maaf mengenai hal tersebut.

Semoga kita semua belajar untuk menghormati kepelbagaian etnik dan keunikan setiap kaum, bangsa, etnik yang tinggal di Malaysia.