[FOTO] Melecur 60 Peratus, Kanak-Kanak 4 Tahun Redah Kebakaran Selamatkan 3 Adiknya

Air yang dicincang tidak akan putus. Begitulah pepatah yang digunakan untuk menggambarkan sebuah ikatan kekeluargaan yang tidak akan pernah putus.

Satu kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Mohd Firdaus Esa mengenai seorang abang yang menyelamatkan adik-adiknya.

Umur 4 tahun kanak-kanak ini selamatkan 3 adiknya dalam kebakaran

Kanak-kanak ini menjadi penyelamat dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku ketika dia berumur 4 tahun.

Dia yang merupakan abang ketika itu sanggup mempertaruhkan nyawa semata-mata mahu menyelamatkan tiga orang adiknya.

“Siapa sangka seorang kanak-kanak comel berumur 4 tahun ketika itu sanggup mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan 3 adiknya”.

“Adik-adiknya berumur lingkungan 8 bulan hingga 2 tahun lebih ketika rumah keluarga ini terbakar kira-kira 2 tahun yang lalu harus dipuji dan dicontohi” tulisnya.

Badan kanak-kanak ini 60% terbakar

Difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira dua tahun lalu dan kejadian itu turut memberi kesan kepada kanak-kanak ini.

“Kini adik Daus semakin membesar bersama adik-adiknya walaupon secara fizikal anggota badanya tidak seperti kanak-kanak seusia denganya”.

Walaupun Adik Daus semakin membesar adik-adiknya namun begitu ketika kejadian badan  adik Daus terbakar 60 peratus.

“Ini kerana hampir 60% anggota badan adik Daus terbakar ketika tragedi itu. Ia akan terus menjadi ingatan sepanjang hayat keluarganya”.

Adik Daus tidak membesar seperti kanak-kanak seusia dengannya

Ekoran itu, secara fizikal anggota badan adik Daus tidak seperti kanak-kanak yang seusia dengannya.

Tragedi malang yang menimpa mereka itu terus menjadi ingatan sepanjang hayat mereka sekeluarga.

Begitu besar tanggungjawab yang dipikul seorang abang bagi seorang anak kecil seawal usia 4 tahun.

Diharap adik Daus dapat membesar menjadi seorang insan yang berguna, dan mampu menjadi sumber inspirasi kepada ramai orang di luar sana.

Seorang kanak-kanak yang hebat

Siapa sangka dalam usia yang terlalu muda dia sudah mempunyai rasa tanggungjawab yang sebegitu besar.

Ini membuatkan rata-rata netizen turut berasa kagum dan bangga dengan apa yang dilakukan oleh adik Daus.