[VIDEO] Tolak Bantuan Berlebihan, Sikap Syukur Ayah & Anak Buat Netizen Sebak

Bermula 18 Mac 2020 yang lalu rakyat Malaysia perlu menjalani Perintah Kawalan Pergerakan sehingga hari ini yang mana telah masuk fasa ke 3 PKP di negara kita.

Pastinya ramai yang terkesan dengan PKP terutamanya mereka yang tergolongan dalam B40.

Ramai diantara mereka perlu menggunakan duit simpanan untuk kelansungan hidup sementara menunggu bantuan sampai.

Ramai yang terputus punca pencarian

Apa yang lebih menyentuh hati adalah mereka bukan sahaja terputus punca pencarian rezeki malah kebanyakannya terpaksa hidup bergantung dengan bantuan yang dihulurkan.

Satu kisah telah tular di laman Twitter yang dikongsikan oleh seorang pengguna mengenai kisah dua beradik ini.

Menerusi laman Twitter milik akaun _AZ69, memaparkan sekumpulan individu prihatin telah menghulurkan bantuan kepada masyarakat sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

Anak setia tolak kerusi roda abah 

Sehubungan dengan itu, beberapa buah video juga turut dimuat naik yang memaparkan gelagat penerima sumbangan sepanjang menjalankan kerja-kerja pengagihan bantuan tersebut.

“Dah 10 tahun kaki patah, anak berumur 7 tahun yang menolak kesana kesini” ujarnya.

“Tulang dah patah, besi yang menggantikan tulang pun dah patah. Tunggu wheelchair je patah”.

Anak: “Cukup ke bah?”
Abah: “Eh cukup la, bagi la orang lain pula ramai lagi tak dapat“.

Tersentuh jiwa kisah sepasang abah dan anak ini

Telah tular satu video yang memperlihatkan aksi seorang anak berusia 7 tahun yang menyorong bapanya berkerusi roda telah menyentuh hati orang ramai.

Selain itu juga, orang ramai turut tergamam melihat sifat anak dan bapa yang masih memikirkan kesusahan orang lain walaupun jelas mereka juga memerlukan bantuan yang sama

Sentiasa bersyukur dan tidak tamak

Apa yang begitu menyentuh jiwa adalah sifat yang ditonjolkan anak beranak ini yang tetap bersyukur dan tidak tamak walaupun serba kekurangan.

Ia sekaligus telah membuka mata orang ramai untuk tetap rasa bertuah dan bersyukur dengan kehidupan yang mereka diami saat ini.

Malah, perilaku anak dan ayah ini sedikit sebanyak telah membuka mata orang ramai betapa pentingnya untuk sentiasa bersyukur walaupun berada dalam keadaan susah.