[VIDEO] Lelaki Ini Tulis Nama ‘Al-Sultan Abdullah’ Hingga Terbentuk Potret Wajah Agong

Menerusi perkongsian di media sosial, sebuah lukisan mural potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah tular.

Potret Baginda dihasilkan dengan menggunakan seni kaligrafi

Difahamkan, potret tersebut telah berjaya dihasilkan oleh seorang pelukis dengan menggunakan seni kaligrafi.

Hasil karya seni tersebut telah dihasilkan oleh Mohd Shah Tumin sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Tulis nama Al-Sultan Abdullah sehingga membentuk wajah baginda

Menurut lelaki berusia 36 tahun itu, mural berkenaan mengambil masa selama beberapa hari untuk disiapkannya.

Beliau difahamkan menulis nama Al-Sultan Abdullah sehingga membentuk wajah baginda pada dinding rumahnya.

Tulisan itu halus dan dinding menggerutu

Selain itu, Mohd Shah juga turut berkongsi di sebalik tabir penghasilan mural tersebut di saluran Youtube miliknya.

Beliau dikatakan mula melakar potret sejak tiga tahun lalu itu mengakui cabaran dihadapi demi sebuah karya yang luar biasa.

“Cabaran utama saya selain tulisan tu halus, dinding juga menggerutu. Memang sukar untuk menulis tapi anggap ini cabaran, jadi kita teruskan”.

Buat mural kena sabar 

“Buat mural kena sabar ye, dengan ‘outdoor’ dan kena fokus lagi. Jadi hargailah pelukis mural anda,” kata bapa kepada empat orang anak itu.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kehebatan karya seni yang dihasilkan selain dapat memartabatkan tulisan jawi sebagai sebuah seni yang indah.

Semoga karya-karya seni pelukis yang berbakat terus bersinar dan dapat berkongsi karya mereka dengan orang ramai.