Seperti yang diketahui umum, negara masih lagi berdepan dengan krisis pandemic Covid-19.
Oleh itu, setiap orang sememangnya perlu mengikuti langkah-langkah penjagaan serta prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Ramai yang buang pelitup muka merata-rata
Pemakaian pelitup muka juga telah diwajibkan bermula sejak 1 Ogos lalu di kawasan-kawasan yang dipenuhi oleh orang awam.
Namun begitu, tidak semua dari kita mempunyai kesedaran untuk membuang pelitup muka yang telah digunakan di tempat yang sepatutnya.
Menerusi perkongsian di facebook oleh Vasugi Ramasamy, beliau dan adiknya mengambil keputusan untuk mengutip pelitup muka di merata tempat di jalan Sg Bakap ke Parit Buntar.
Pelitup muka bersepah di merata tempat
“Salam Sejathera, saya Vasugi Ramasamy dan nie adik saya Suriya Kuppusamy dari Taman Kesumba, Sg Bakap, Pulau Pinang”.
“Saya berkerja di Econsave Parit Buntar (Sebagai Acc Clerk) dan adik saya pulak belajar di ILP Nibong Tebal”.
“Setiap hari saya ulang alik ke kerja saya melihat topeng muka (FACE MASK) kelihatan merata tempat”.
Saya dan adik mengutip pelitup muka yang kelihatan di merata tempat
So saya mengambil keputusan untuk mengutip topeng muka (FACE MASK)yang berkelihatan dimerata tempat(Sg Bakap Ke Parit Buntar). So pagi nie saya dan adik saya turun untuk menyelesaikan misi nie.
Tujuan untuk kami menyelesaikan misi nie adalah mengurangkan pelbagai jenis kuman,bakteria,dan virus pada waktu pendemik #COVID19.
Tolong fikir sebelum membuang pelitup muka di merata tempat
“So kawan-kawan tolong fikir sebelum membuang topeng muka(FACE MASK) yang guna di merata tempat”.
“Kita manalah nak tahu Warga Emas dan kanak-kanak kita sihat atau tidak sama ada mereka mencukupi antibiotik yang sepenuhnya”.
“So merekalah orang pertama yang diserang oleh #COVID19 ini”.
Kita kena jaga kebersihan dan kesihatan diri
Sekarang seluruh dunia diseksa oleh #COVID19 nie, dewasa tidak dapat pergi ke kerja, kanak-kanak tidak dapat pergi ke sekolah dan lain-lain.
Time macam nie kita kena jaga kebersihan dan kesihatan diri sendiri,pada masa yg sama jaga kebersihan dan kesihatan negara juga.
Tanggungjawab kita bersama
Itu tanggungjawab sama-sama. Disini saya ingin menyampaikan satu pesanan kepada semua rakyat kita supaya janganlah buang topeng muka (FACE MASK)dimerata, itu akan menambahkan risiko.
Semua kisah ini menjadi pengajaran dan teladan kepada orang ramai. Sila buang pelitup muka anda di tempat yang sepatutnya dan sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat awam.