[Video] “Kau langgar orang, minta maaf, bini aku mengndung!” Rider Motor Bengang Kena Langgar, Rupa-rupanya…..

Satu video rakaman dashcam seorang penunggang motosikal berang dia dan isterinya yang hamil dilnggar dalam kemlangan kecil viral di media sos1al, lapor The Reporter.

Dalam kejadian yang berlaku pada Selasa 18 Disember lalu di lebuh raya yang sesak di ibu kota, pemandu terbabit bergerak perlahan-lahan ke depan.

Namun secara tiba-tiba sebuah motosikal menyelit di ruang hadapannya. Pemandu itu terkejut dan tidak sempat memberhentikan keretanya menyebabkan berlaku perlanggaran kecil.

Kejadian itu membuatkan penunggang motosikal terbabit berang dan menyalahkan pemandu berkenaan. Tidak cukup dengan itu, lelaki itu turun dari motosikal dan mula menyalahkan dan memarahi pemandu kereta.

Pemandu: “Sorry bang. Sorry eh. Sorry bang, saya tak nampak.”

Penunggang: “Kau langgar-langgar orang, kau minta maaf. Kau langgar-langgar orang, kau minta maaf. Itu je yang kau tahu? Bini aku mengandung! Perempuan! Kau pandang depan lah!!!! Kau langgar orang, sorry. Kau langgar orang, sorry. Itu je yang kau tahu!”

Video itu kemudian dimuat naik ke media sosial dan netizen pula berpendapat bahawa pemandu terbabit tidak bersalah dalam kejadian itu, sebaliknya penunggang itu yang menyelit secara melulu.

“Patutnya maki balik, nak bertumbuk silakan je lah. Kita dah jalan dulu, siapa suruh menyelit. Bini kau mengandung? Okey. Bini kau perempuan? Bini orang lain pun perempuan aku rasa. LOL!. This kind of people deserve a punch on their face.” – @shahidshamsul.

“Betul sangat bro. Kadang-kadang yang naik motor suka menyelit macam ni, otak kat lutut. Bini orang lain mengandung juga, tapi tak bdoh macam ni.” – @waanizailani.

“Dia tahu dia salah, so daripada kena maki dengna brader tu, dia turun maki brader tu dulu supaya brader tu takut dan end up dia blah. Manusia yang bersalah memang selalu cenggitu.” – @najiehamzln.

“Dah langgar, mestilah cakap minta maaf. Brader tu expect apa? Nasi goreng? Ke expect kena pukul?” – @jojotalib.

Rata-rata netizen bersetuju bahawa pemandu berkenaan tidak bersalah dalam kejadian ini. Sebalik sikap penunggang motosikal terbabit yang menyelit secara tiba-tiba dan mer1siko keselamatan diri dan juga isterinya yang mengandung.