[VIDEO] “Janganlah kasi mak ayah aku jadi setan” Doa Ikhlas Adik Kecil Ini Jadi Perhatian Netizen

Sudah menjadi rutin setiap kali selepas solat kita akan berdoa kepada Allah dan meminta doa tersebut dimakbulkan.

Namun tidak tercapai dek akal apabila mendengar doa dari anak kecil ini yang masih polos.

Doa kanak-kanak ini untuk ibu bapanya undang tawa netizen

Begitulah video doa seorang kanak-kanak yang sedang tular di media sosial tiktok apabila seorang pengguna tiktok berkongsi video lucu secara rawak di akaunnya.

Dalam video tersebut, dua orang kanak-kanak perempuan sedang berdoa selepas usai solat dengan bertelekung dan bersila di atas sejadah.

Ya Allah kau janganlah kasi mak ayah aku tak sakit, eh!

Namun apa yang mencuit hati netizen adalah cara mereka berdoa seperti meluahkan perasaan yang terpendam di hati selama ini.

Selalu kita dengar orang berdoa dengan ayat yang baik namun ini lain pula jadinya bila kanak-kanak yang berdoa.

“Ya Allah kau janganlah kasi mak ayah aku tak sakit, eh! Kena rasuk dengan setan, Ya Allah kau janganlah kasi mak ayah aku selalu buat jahat.”

Ya Allah kau janganlah kasi mak ayah aku jadi setan

“Ya Allah kau janganlah kasi mak ayah aku jadi setan. Ya Allah kau janganlah kasi mak ayah aku jadi jahat. Ya Allah kau janganlah kasi mak ayah aku jadi macam pembunoh,”

Rata-rata netizen terkejut dengan doa yang dibaca itu turut terhibur dengan video berkenaan.

Bila baru habis gaduh dengan mak ayah memang takde tapis-tapis dik 

Malah, mereka membuat spekulasi sendiri, ada yang berkata mungkin mereka dua beradik baru sahaja dimarahi oleh orang tua mereka.

“Bila kau baru habis gaduh dengan mak ayah hahaha memang takda tapis-tapis eh dik sebijik gitu kau cakap” -netizen

Ditonton hampir 1 juta tontonan setelah dimuat naik

Memang benar, apa yang ada di fikiran anak kecil ini sukar di rungkai kerana ia berlaku secara spontan dan tidak boleh diramal bila keletah mereka akan muncul. Ada sahaja idea mereka untuk berbicara.

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih hampir 1 juta tontonan, 144.8K tanda suka serta 6.6K perkongsian di TikTok.

Rata-rata warganet turut terhibur dan terkejut selepas mendengar doa kanak-kanak perempuan itu.

Video tular di laman Tiktok

@carljohson69mungkin dah pendam lama ##fypシ ##foryoupage ##masukberanda ##thursday♬ original sound – jarjit – bacot