“Dulu berat 38kg, sekarang 39kg” Gadis Ini Gembira Berat Badan Naik Walau Hanya 1kg

Kita selalu mendengar ramai orang yang mahu kelihatan kurus namun lain pula ceritanya bagi orang yang menagalami kekurangan berat badan atau underweight.

Ia merujuk kepada berat badan yang terlalu rendah iaitu mengikut skala purata berat badan BMI dan salah satu punca yang agak biasa ialah masalah genetik atau keturunan.

Bukan orang berbadan besar sahaja yang insecure dengan badan mereka sendiri malah orang yang bertubuh kecil dan halus juga sering berasa kurang yakin dengan diri mereka.

Seperti seorang gadis ini yang berkongsi kegembiraannya di akaun Tiktok miliknya kerana berjaya menaikkan berat badan sebanyak 1kg telah mencuri tumpuan netizen.

Menurutnya, walau di mata orang lain 1kg itu adalah berat yang sangat biasa namun tidak padanya kerana dia sukar menaikkan berat badan walau sudah makan dengan banyak.

Kata gadis itu, ini adalah pencapaian paling bermakna bagi dirinya kerana dia dapat menaikkan berat badan daripada 38kg ke 39kg.

“Untuk orang yang kekurangan berat badan. Ini adalah satu pencapaian” ujar gadis tersebut di kapsyen video yang dimuat naik itu.

Menerusi perkongsiannya itu, ramai netizen-netizen yang mempunyai masalah yang sama seperti malah ada yang turun naik berat badannya yang membuatkan mereka sukar mendapatkan BMI yang normal.

“Kita sama, orang asyik puji seronoknya kurus tapi sebenarnya saya pun tidak yakin dengan diri dan happy”

“Aku berat 48 pun dah rasa kurus rupanya ada lagi yang lebih kurus dari au. Dulu berat aku 55 kg, lepastu 50 kg sekarang 48 kg.”

Bukan itu sahaja, netizen turut memberikan kata-kata semangat kepadanya agar meneruskan perjuangan mencapai target berat badan ideal yang diidamkan dan terus makan makanan yang berkhasiat agar tidak mudah jatuh sakit.

“Tahniah sis, kawan saya pun ada juga masalah sama dan dia asyik stress je sebab orang ejek”

“Jangan risau, keep positif dan makan makanan yang sihat”

Ketika artikel ini ditulis, video gadis berkenaan telah mendapat 379K views, 32K tanda suka dan lebih 300 shares di TikTok.

Video tular di laman Tiktok

@sheisdee_as an underweight person, it is an achievement 🥲 ##fypシ ##weightgain

♬ nhạc nền – 15schill