[VIDEO] “Tgk keadaan, kalau ada..” Ini Jawapan Bekas Isteri PU Abu Tentang Isu Rujuk

BEKAS isteri Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Ain 'Afini Latif kelihatan tenang melayan pelbagai pertanyaan netizen termasuk sama ada dia bersedia menerima semula pendakwah itu sebagai suami. Menurut Ain 'Afini, 23, dia akan mempertimbangkan mengenai perkara itu namun reda sekiranya ia tidak berlaku. "Tengok keadaan insyaAllah... tengok keadaan macam mana. "Saya tak berani nak cakap [...]

Ain Afini, bekas isteri peserta Pencetus Ummah, PU Abu Sufyan telah bersiaran secara langsung melalui laman Instagram umma.my

Sepanjang live tersebut, Ain dengan tenang menjawab segala persoalan dari peminatnya itu.

Ada yang meminta tips dan ada juga yang bertanyakan tentang zikir.

Walaubagaimanapun terdapat satu soalan panas dari netizen berkenaan dengan bekas suaminya PU Abu.

Seorang peminat bertanya adakah Ain akan menerima semula Abu jika diminta untuk rujuk.

Ain ‘Afini berkata dia akan mempertimbangkan mengenai perkara itu namun redha sekiranya ia tidak berlaku.

“Tengok keadaan insyaAllah… tengok keadaan macam mana.”

“Saya tak berani nak cakap mengenai perkara ini kerana kita tak boleh nak rancang.”

“Kalau ada, ada…. kalau tak ada, tak mengapa,” katanya.

Ain menjawab pertanyaan salah seorang netizen sekiranya bekas suaminya itu meminta untuk rujuk semula menerusi  live di Instagram bersama Umma.my

Malah, Ain ‘Afini juga menafikan dakwaan kononnya dia tertekkan dengan kata-kata netizen seperti yang dikatakan oleh Abu.

Baca: “Bukan saya punca baby tak aktif, tapi netizen” – PU Abu

Ain yang juga pelajar semester enam Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berkata dirinya sebenarnya terasa dengan kata-kata yang dikeluarkan individu yang rapat dengannya.

“Sebenarnya saya bukan terasa dengan netizen pun… mereka banyak beri kata-kata semangat.

“Tapi saya banyak terasa dengan orang sekeliling. Biasalah apabila dengan orang sekeliling mereka paling banyak mengeluarkan perkataan.

“Jadi saya cepat terasa… tapi sebenarnya tiada apa pun. Saya okay sahaja,” katanya.

Di dalam penstriman live itu juga Ain dilihat mesra melayan soalan daripada orang ramai dengan nada suara yang lembut.

Namun apabila disoal mengenai pandangan peribadinya terhadap golongan perampas, Ain enggan mengulas perkara itu.

Ain ‘Afini juga menyatakan dia redha di atas isu rumah tangga yang melanda dirinya sebelum ini dan menganggap PU Abu sekadar pinjaman.

Video Live Ain Jawab Isu PU Abu