Nonny Nadirah Dakwa Pelakon Lelaki Sudah Beristeri Tetapi Kaki Perempuan

Jika sebelum ini dunia selebriti dikejutkan dengan kisah Abu, Aliff dan Amar, nampaknya ada kisah erbaru yang didedahkan oleh pelakon Nonny Nadirah.

Menerusi laman Instagram miliknya, Nonny mendak ada pelakon lelaki yang sudah beristeri telah berlaku curamg dengan wanita lain.

Malah menurutnya, pelakon lelaki tersebut telah membuatkan wanita itu mengandung dan berjanji untuk mengahwininya tetapi melarikan diri.

Di dalam posting tersebut, Nonny telah memuat nai sekeping foto yang telah dikaburkan.

“Kepada lelaki yang pengecut untuk menjadi seorang lelaki sejati. Kami sudah serik dengan lakonan dan drama anda. Menjadi seorang pelakon sangat sesuai dengan anda.

“Awak memang dilahirkan untuk menjadi seorang pelakon ‘yang bagus dan berbakat’ tapi sungguh memalukan kerana anda tidak berakal serta tiada hati dan perasaan langsung.

“Awak sememangnya seorang lelaki yang suka berfoya-foya tapi penakut untuk bertanggungjawab terhadap kesalahan sendiri,”

Menurut laporan mStar, Nonny mendakwa pelakon tersebut bernama Mr AA menggunakan kata-kata manis untuk mendapatkan wanita.

“Awak gunakan kata-kata manis dan sayang untuk dapatkan wanita, memperdayakan wanita (yang percayakan serta dicurangi anda selama bertahun-tahun dan berulang kali), bersabar menunggu awak yang berjanji untuk berkahwin dengannya (sudah bertemu keluarga) tapi awak tetap abaikan dia, tipu dia dan malukan dia hanya sebab nak larikan diri untuk tutup kesalahan sendiri.”

Walaubagaimanapun, Nonny dilihat sudah memadam posting tersebut dan hanya tinggal ig story.

Sehingga kini masih tiada kenyataan dari mana-mana pelakon yang bertanggungjawab seperti didakwa Nonny tersebut.