“Bukan saya punca baby tak aktif, tapi netizen” – PU Abu

Beberapa hari lepas, bekas isteri PU Abu, Ain telah meluahkan di mana bayi di dalam kandungannya tidak aktif.

Perkara itu diberitahu oleh doktornya gara-gara tekaanan yang dialaminya disebabkan oleh isu rumahtangga.

Menurut Ain, dia telah melakukan pemeriksaan kandungan beberapa minggu lalu. Ain nyata terkejut apabila doktor memberitahu bayi di dalam perutnya itu tidak berapa aktif seperti biasa.

“Sebenarnya keadaan kandungan tidak berada dalam keadaan baik, sewaktu saya buat pemeriksaan beberapa minggu lepas doktor kata bayi saya tidak aktif.

Ain memberitahu doktor menasihatkannya untuk berehat.

“Doktor nasihatkan saya supaya tidak terus berada dalam tekannan dan banyakkan berehat,” luah Ain

Walaubagaimanapun, menurut satu kenyataan terbaru oleh Abu, menerusi laporan mStar Online Abu memberitahu perkara itu berlaku bukan salah dirinya.

Menurut Abu, dia ada bertanyakan sendiri mengenai hal ini kepada bekas isterinya itu melalui direct PM.

“Saya direct PM (private message) dengan Ain dan dia sebut baby tak aktif bukan disebabkan saya, sebaliknya dia strress kerana keecaman dan kritikan daripada netizen sendiri.”

Abu juga mengatakan bayi tak aktif adalah perkara biasa bagi ibu yang sedang hamil. Baginya apa yang berlaku adalah bukan salahnya, tetapi netizen.

Baby tak aktif itu perkara biasa yang berlaku dalam kalangan ibu-ibu hamil. Cuma apa yang berlaku bukanlah disebabkan saya ‘bantai’ dia untuk naik court. Sebaliknya keecaman netizen terhadap dia,” katanya.

Sebelum ini, Abu meninggalkan isterinya yang sarat mengandung 7 bulan demi seorang janda usahawan kosmetik.

Abu dan Ain telah berpisah apabila Mahkamah Rendah Syariah Klang telah mengesahkan perpisahan mereka.

Pada awalnya Abu mengatakan tidak berniat untuk melepaskan Ain secara total.

“Sejujurnya saya tidaklah berniat secara total untuk melepaskannya melainkan permintaan isteri.

Abu juga mengakui masih sayangkan Ain dan mahu bertanggungjawab terhadap anak di dalam kandungan.

“Saya masih sayangkan dia, saya masih mahu bersamanya dan tanggungjawab terhadap anak yang berada dalam perut isteri.

Abu mengakui kesilapannya yang meninggalkan isteri yang sedang sarat dan memohon maaf kepada Ain.

Semoga kandungan Ain diberikan kesihatan dan selamat dilahirkan nanti.

Komen Ustaz Hamadi tentang Abu