Dakwaan Sebar Fitnah Guna Facebook, Linda Rafar Tuntut Doktor Bayar RM4 Juta

PELAKON dan penyanyi Linda Rafar mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pengamal perubatan yang dikenali sebagai Dr Rusyainie Ramli atas penulisan berbaur fitnah menerusi Facebook wanita itu pada 9 Mei lalu. Peguam Linda iaitu Nurul Hafidzah Hassan memberitahu selain Rusyainie tiga lagi pihak termasuk PW Community turut berhadapan tindakan undang-undang atas dakwaan fitnah. Menerusi kenyataan yang dihantar [...]

Sebelum ini penyanyi Linda Rafar telah menjadi tular kerana isunya dengan jururawat dan juga netizen.

Terbaru, Linda telah mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pengamal perubatan yang dikenali sebagai Dr Rusyainie Ramli.

Ini disebabkan oleh penulisan berbaur fitnah menerusi Facebook wanita itu pada 9 Mei lalu, lapor mStar Online.

Selain Rusyainie, ada tiga lagi pihak termasuk PW Community yang turut berhadapan tindakan undang-undang atas dakwaan fitnah itu, kata peguam Linda iaitu Nurul Hafidzah Hassan.

Di dalam satu kenyataan, Linda telah menghantar lima pucuk surat tuntutan berasingan kepada Rusyainie bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka dan juga pampasan sebanyak RM4 juta untuk isu ini.

 

Di dalam tuntutan itu, Linda mendakwa Rusyainie telah menulis dan menerbit lima bentuk posting yang berbaur fitnahterhadapnya.

Ia juga dikatakan mempunyai komen-komen melampau ke atasnya di media sosial terutamanya Facebook.

Pihak yang diberi notis itu diberi tempoh tujuh hari untuk memberi maklum balas sebelum pihak Linda melakukan tindakan selanjutnya.

Menurut peguam Linda, anak guamnya itu sedang meniliti sekiranya tindakan undang-undang perlu diambil kepada pihak yang tidak bertanggungjawab melancarkan kempen fitnah berterusan ke atas dirinya serta memburukkan reputasi dan kredibiiti di mata peminat dan masyarakat.

Sebelum ini, isu di antara Linda dan para jururawat selesai selepas persetujuan luar mahkamah dibuat beberapa minggu yang lalu.

Namun beberapa posting dari pihak yang dinyatakan oleh Linda telah membuat kenyataan berbaur fitnah ke atas dirinya.

Oleh sebab itu, Linda terpaksa mengambil tindakan bagi membersihkan namanya.

Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik oleh kesemua pihak yang terlibat.