[VIDEO] “Ingat ada apa lah, bila tengok video ni balik haish seramm!”

Selalu orang tua-tua berpesan jangan main depan cermin bila sudah lewat malam terutamanya bagi kanak-kanak.

Satu video yang agak menyeramkan telah menjadi viral apabila seorang kanak-kanak bermain di hadapan cermin dan berpaling.

Video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna FB, Nasrullah Napi ke di dalam Facebooknya menjadi perhatian netizen.

Anaknya yang dirakam sedang bermain di hadapan cermin dilihat berpaling ke arahnya apabila dipanggil.

Walaubagaimanapun, imej pantulan anaknya di dalam cermin dilihat tidak selari dengan pergerakan anaknya.

Malah anak matanya dilihat membesar dan menjadi hitam merenung ke arah kamera.

“Jangan bagi anak main cermin malam-malam. Kalau tak ini lah jadinya” tulisnya.

Nasrullah menjelaskan ketika kejadian dia sedang bermain permainan video sebelum isterinya memanggilnya meminta untuk mengambil anak.

“Tengah ‘syok’ main ‘game’, tiba-tiba orang rumah panggil suruh ambil anak.

“Ingat ada apa lah, bila tengok video ni balik haish seram!”

https://www.facebook.com/nasrullahnapi/videos/10215437402341041/