“Aku sendiri tak sangka ada lelaki nak pada janda, dan teman2 bagitahu mereka sangat bahagia.”

Perkongsian mengenai rumahtangga dari seorang lelaki yang sudah menyesal kerana meninggalkan isterinya ini telah menjadi viral di media sosial.

Mari kita ikuti perkongsian ZA.

________

Hai semua. Aku ZA. Apa yang aku nak share ni adalah tentang kisah cinta aku dan exwife. Sejak dua menjak ni banyak sangat kisah suami curang dekat socmed, dan aku dulu salah seorang yang pernah terlibat.

Aku harap sangat confession aku ni mematahkan niat kaum suami yang terniat nak menggatal dengan perempuan lain selain bini korang.

Aku kawin dengan exwife aku masa umur aku 23. Dia 22. Aku baru habis belajar dekat UMS, takde keje. Exwife aku plak pelajar tahun akhir IPG kat selatan tanah air.

Kira pjj la zaman kitaorang bercinta. Aku mengaku aku sejenis lelaki yang mudah mesra dengan orang perempuan ni.

Ramai junior macam salah paham aku ni syok kat dorang disebabkan keramahan aku. Tambah pulak pakej aku ada rupa.

Tapi demi Allah, dalam aku mesra dengan ramai perempuan, aku memang serius nak memperisterikan wife aku.

Sejujurnya, dengan keadaan aku yang baru lepas belajar and takde kerja, exwife aku terima aku seadanya. Tak pernah merungut.

Dia dapat elaun setiap bulan dari kolej dia, so elaun tu jugak la buat kami survive.

Aku ringkaskan, aku berjaya dapat satu position di sebuah restoran kat kuantan, assistant manager, gaji pun ok la untuk fresh graduate.

Masa mula kerja tu, exwife aku baru 5 minggu pregnantkan anak kami. Bila aku start kerja, bermulalah kisah aku curang.

Wife aku dipostingkan ke satu pekan kecil, lebih kurang 130km dr kuantan. Kami pjj sekali lagi. Kami cuma berjumpa hujung minggu.

Mula-mula aku hulur jugak nafkah, tapi tu pun exwife aku pulangkan balik, katanya kesiankan aku. Dia bimbang pjj akan buat aku sempit duit.

Aku kenal dengan sorang staf aku, AA. Kami makin mesra, tapi exwife aku memang tak syak apa-apa. Infact, dia layan AA macam adik.

Aku makin ligat. Hujung minggu aku makin lama makin terisi dengan aktiviti dengan AA. Exwife aku makin sarat. Makin ‘tak larat’- kalau korang paham maksud aku.

Tambahan pulak dia pregnant, ada problem, placenta previa type 2. Jadi nak berhubungan intim pun aku kena slow2.

Syaitan tak pernah putus asa, aku dan AA makin asyik bercinta. Kami makin hanyut, dan terlanjur. Banyak kali. Dekat mana-mana pun jadi. Masa closing restoran, dalam kereta exwife aku, rumah sewa AA.

Aku jadi lupa Allah hantarkan aku amanah. Exwife aku terima aku masa aku susah, dan dia tak pernah merungut.

Hujung minggu tiba, aku reka macam-macam alasan, kena OT la, kira stok barang dapur la, kitchen cleaning la, asalkan aku dapat luangkan masa dengan AA. Sampai masa dalam pantang, akhirnya aku dan AA kantoi. Menangis-nangis exwife aku.

Dia tanya apa kurang dia, dia mintak maaf sebab kami pjj. Dan jawapan aku beri pada dia masa tu hanyalah satu- aku sunyi.

Aku katakan pada exwife aku, kalau kami teruskan juga perkahwinan ni, kami takkan dapat zuriat dah, disebabkan komplikasi masa dia pregnant.

Dia redha dengan kata-kata aku, mengalah dengan air mata. Berakhirlah perkahwinan kami dengan talak 1.

Puteri kami, baby piya, aku langsung tak peduli. Dia macam tak pernah ada ayah. Aku memang betul-betul hanyut bercinta. Maafkan abi sayang.

2 tahun selepas tu, exwife aku bertemu jodoh, dengan exschoolmate kami jugak. Majlisnya kecil, tapi cukup meriah. Ex-wife aku sangat cantik, macam mula-mula kami berkenalan dulu.

Dan dari perkhabaran teman-teman kami, mereka sangat bahagia. Aku sendiri tak sangka ada lelaki nak pada janda Dan yang paling aku tak sangka, dia pregnant lagi. Ya Allah, dari situ Allah jentik penyesalan dalam hati aku.

Aku dan AA berkahwin beberapa bulan selepas mereka bernikah. Bukan kerana cinta, tapi kerana AA sudah mengandung. Aku panik, and aku terus setuju. Bila kami bernikah, baru aku tahu taring sebenar AA.

Queen control, panas baran, fake, kaki selfie, nak pakai barang branded, taknak tutup aurat. Langsung berbeza dengan exwife aku, yang pernah makan nasi dan telur kicap sepinggan dengan aku masa kami susah aku tak bekerja.

Sekarang aku dan AA juga punya anak, baby zara. Aku teringatkan anak sulung aku, baby piya, yang pernah aku abaikan dulu. Aku jadi malu. Dengan Tuhan, dengan diri aku. Aku menyesal. Entahlah.

Tapi ini amanah baru aku. Kifarah dosa aku jugak. Hak jagaan baby piya milik exwife aku. Tapi itulah yang sebaiknya, kerana dia bersusah payah membesarkan anak sulung aku sorang diri.

Guys, kalau korang terlintas nak curang, ingat la kisah aku ni. Aku menyesal. Tuhan balas cash pada aku.

Aku buang permata paling berharga utk kaca yang melukakan aku. Aku hanyut dengan hasutan syaitan, lupa pada wanita yang pernah sayang aku sepenuh hati.

________

Semoga perkongsian dari lelaki ini dapat membuka mata terutama kepada kaum lelaki untuk menghargai isteri sebelum terlambat.