[VIDEO] Gelagat Ayah Tak Henti Gelak Main ‘Simple Game’ Pilih Sampul Buat Anak Terhibur

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah kekal selamanya. Begitulah kasih sayang kedua ibu bapa buat anak-anak yang tiada nilainya.

Apabila anak-anak semakin dewasa, anak-anak beralih tugas apabila giliran kita pula memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada mereka.

Walaupun seorang anak tidak mampu membalas pengorbanan ibu bapa, namun sebagai anak kita perlu menjaga kedua ibu bapa sehabis baik semasa hayat mereka.

Gelagat bapa gadis ini cuit perhatian ramai

Perhatian dari anak-anak amat diperlukan oleh ibu bapa apabila mereka semakin berumur. Kasih sayang dan perhatian anak-anak cukup membahagiakan ibu bapa.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang gadis bersama bapa kesayangannya sehingga membuatkan ramai yang terharu.

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik gadis ini di aplikasi TikTok, gelagat dia dan bapanya bersama satu permainan bersama bapanya telah mendapat perhatian ramai.

Sampul kejutan buat bapa di hari lahirnya

Gadis yang bernama Filzah ini berkongsi detik-detik manis ketika beliau membuat kejutan sempena hari lahir ayahnya.

Gadis tersebut telah menyediakan 4 sampul surat yang berisi sesuatu didalamnya dan meminta untuk ayahnya memilih dua dari sampul-sampul tersebut.

Bapanya ketawa keriangan melihat isi sampul yang berjaya dipilih

Setelah memilih dua dari 4 sampul berkenaan, ayahnya membuka sampul dan tersenyum apabila melihat sampul tersebut berisi wang tunai.

Gelagat bapa kesayangannya yang terus ketawa gembira sambil bersorak keriangan itu merupakan momen indah bagi mereka sekeluarga.

700,000 tontonan kurang dari 24 jam dimuat naik

Rakaman video yang berdurasi 56 saat itu telah berjaya meraih lebih dari 700,000 tontonan setakat ini sejak dimuat naik kurang dari 24 jam.

@instaartsfilzahpibeday ayah.. simple game untuk ayah..##justforfun ##boyfriend ##fypシ

♬ Janam Janam – Shahrukh Khan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat bapa gadis berkenaan.

Malah, mereka turut mendoakan kesejahteraan lelaki itu dan semoga bapanya terus berikan kesihatan yang baik.