[VIDEO] Penantian 5 Tahun, Suami Tak Faham Pregnancy Test Terus Menangis Bila Tahu Bakal Jadi Ayah

Momen indah menimang cahaya mata sulung adalah impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga.

Namun begitu, detik tersebut akan datang tepat pada masanya. Ada sesetengah pasangan diberikan rezeki anak terlebih dahulu.

Setelah lama menunggu akhirnya rezeki anak itu tiba

Ada juga yang perlu menanti bertahun-tahun lamanya sebelum detik indah itu tiba tepat pada waktunya.

Bagi yang telah menanti bertahun-tahun lamanya, agak sukar untuk digambarkan perasaan mereka apabila tiba masanya si isteri disahkan mengandung.

Penantian 5 tahun 5 bulan akhirnya membuahkan hasil

Begitu juga dengan perkongsian satu rakaman video di aplikasi TikTok yang dikongsikan ini.

Pasangan ini sudah lama berusaha dan akhirnya setelah menunggu selama lima tahun lima bulan itu akhirnya Allah menghadiahkan cahaya mata pertama buat pasangan ini.

Berjujuran air mata suami apabila dimaklumkan dirinya hamil

Apa yang lebih meruntun hati, si suami kelihatan ‘blur’ dan tidak tahu apa-apa yang terjadi, sehinggalah si isteri memaklumkan bahawa dirinya hamil.

Akhirnya berjurailah air mata yang gugur di pipi sang suami. Saksikan detik manis yang dialami dan dikongsi oleh warganet Neng Lisnawati di bawah ini.

Pasangan ini sudah banyak kali menjalani ujian kehamilan

Terdahulu, Lisnawati turut memaklumkan mereka sudah banyak kali menjalani ujian kehamilan.

Malah suaminya juga pernah membuat ujian sperma bagi mengenal pasti keadaan ‘kesihatan’ benih tersebut.


Suami sanggup berhenti merokok demi benih yang subur

Difahamkan, suaminya dulu yang merupakan seorang perokok dimaklumkan telah berhenti daripada tabiat tersebut semata-mata demi menjaga kesihatan dan ikhtiar untuk benihnya subur.

Perkongsian video di aplikasi TikTok itu telah berjaya meraih lebih dari 4 juta tontonan setakat ini.

@nenglisnawati666##pejuanggarisdua ##foryoupage

♬ original sound – _jamesadam_

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah diatas kehamilan wanita dan terharu dengan perjalanan yang dilalui oleh pasangan ini.

Malah, mereka turut menitipkan doa supaya ibu dan bayi dalam kandungan sentiasa sihat sehingga proses kelahiran.