[VIDEO] “Ego taknak tunjuk terharu,” Abah Bebel Panjang Anak Belikan Kasut Mahal

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah kekal selamanya. Begitulah betapa besarnya kasih ibu dan ayah kepada anak-anak.

Insan yang bergelar ayah sanggup berkorban apa sahaja asalkan mereka mampu membahagiakan anak-anak.

Walaupun penat seharian mencari rezeki, mereka masih mampu tersenyum melihat telatah anak-anak apabila pulang dari bekerja.

Rakaman gelagat lucu ayahnya terima hadiah pemberian si anak

Tidak terbalas jasa ayah dan ibu yang membesarkan anak-anak dan sudah tiba giliran anak-anak membalas jasa mereka apabila kita dewasa.

Begitulah yang sepatutnya, ketika mereka dimamah usia giliran anak-anak menjaga ibu bapa.

Seperti satu rakaman video yang telah tular di laman Twitter yang dikongsikan oleh seorang pengguna bernama Sue.

Sambil membelek kasut ayahnya sempat membebel

Menerusi rakaman video tersebut memaparkan gelagat lucu apabila ayahnya menerima hadiah dari anak tersayang.

Ayahnya menerima hadiah sepasang kasut sneakers pemberian si anak yang berjenama mahal.

Sambil membelek kasut yang diterima, ayahnya turut membebel kerana mengganggap ia satu pembaziran.

Akhirnya, terungkap juga ucapan terima kasih dari si ayah

Dalam nada tegas, ayahnya turut menasihati anaknya supaya berjimat cermat dalam berbelanja.

Namun, tangan si ayah masih sibuk membelek kasut yang diberikan seakan begitu berkenan dengan hadiah berkenaan sambil menyembunyikan perasaan sebak.

Diakhir bebelan itu, terselit ucapan terima kasih dari mulut ayahnya kerana menghadiahkan kasut tersebut kepadanya.

Raih lebih dari 129, 000 tontonan

Rakaman video yang berdurasi 25 saat itu telah berjaya meraih hampir 129, 000 tontonan setakat ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa terhibur dengan reaksi dan gelagat si ayah.

Malah, mereka turut sama-sama berkongsi cerita mengenai pengalaman yang sama apabila menghadiahkan sesuatu kepada bapa masing-masing.

Semoga video ini menjadi contoh dan pengajaran kepada kita semua untuk menghargai ibu bapa yang masih ada bersama-sama kita.