[VIDEO] Dakwa Nurse Kasar Buat Swab Test, Instafamous ‘Kena Sekolah’ Dengan Netizen

Penularan wabak pandemik Covid-19 di negara kita menyebabkan petugas barisan hadapan antara yang paling banyak bertungkus lumus dalam menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat.

Walau bagaimanapun, masih terdapat pihak yang memandang rendah akan tugas mereka seperti yang berlaku baru-baru ini apabila seorang Instafamous dikatakan tidak berpuas hati dengan layanan yang diterima melakukan ujian swab Covid-19.

Difahamkan, lelaki tersebut memuat naik beberapa video di Instagram mendakwa kononnya dikasari oleh seorang jururawat.

Lelaki itu mendakwa jururawat tersebut melakukan ujian swab dengan kasar dan mengambil keputusan untuk membawa perkara itu ke muka pengadilan.

Menurutnya, jururawat itu bertindak kasar walaupun pada awalnya sudah mintai untuk melakukan secara perlahan-lahan.

Tambahnya lagi, disebabkan tindakannya itu berlakunya pertumpahan air mata akibat rasa sakit pada bahagian hidung.

Dengan harapan perkongsian itu dapat menagih simpati daripada netizen bagaimanapun influencers berkenaan dikecam teruk oleh pengguna media sosial.

Rata-rata netizen berpendapat apa yang dilakukan oleh jururawat tersebut sememangnya mengikut prosedur yang sepatutnya ketika melakukan swab test dan bukannya dengan sengaja menjolok hidungnya sehingga begitu sekali.

Bukan itu sahaja, ramai mempertahankan jururawat tersebut dan meminta agar tindakan yang dilakukan ke atas influencer berkenaan kerana sikap tidak bertanggungjawabnya itu.

Dalam pada itu, ada beberapa netizen tampil mempersoalkan tindakan influencer berkenaan yang mengambil video tanpa kebenaran jururawat tersebut dengan tujuan untuk memalukannya.

Bagaimanapun, influencer tersebut telah pun permohonan maaf terhadap jururawat tersebut. Apa pun diharap yang terjadi ini dijadikan sebagai pengajaran kepada semua orang untuk sentiasa menghargai jasa petugas barisan hadapan.

“We met up and talked things out together with no other parties involved. I sincerely apologize, to these 2 nurses that I have disrespected.

“I should be more understanding of how people are when they are working and under stress.

“I truly apologize to both of them, and every other front-liner that have sacrificed their time, energy and safety for the safety of others.

“I AM SORRY FOR BEING SO RUDE AND DISRESPECTFUL AND I NOW REALIZE THAT AND I WILL TRY TO BETTER MYSELF .”

Video yang tular di laman Twitter