[VIDEO] Saja-saja Main Filter, Wanita Ini Sebak Ternampak Wajah Adik Yang Sudah Meninggal

Penggunaan aplikasi filter pada kamera yang boleh mengubah wajah seseorang telah menjadi trend di media sosial.

Malah, ada filter yang boleh mengubah wajah seseorang menjadi kartun, ada yang boleh mengubah menjadi tua, mengubah menjadi gemuk dan bermacam-macam lagi.

Aplikasi seperti ini sering kali digunakan untuk tujuan hiburan dan dikongsikan bersama kenalan.

Namun begitulain pula kisahnya pada seorang pengguna TikTok yang bernama @justadogmomandpharmacist ini.

Wanita yang bersama dua orang kanak-kanak ini pada mulanya sekadar berseronok  bermain-main dengan filter daripada aplikasi Snapchat.

Ianya bermula dengan filter tersebut ditujukan kepada wajah anak-anak teman lelakinya untuk tujuan hiburan.

Namun selepas mengarahkan filter tersebut ke arah mukanya, kegembiraannya bertukar menjadi sebak apabila dia berasakan bahawa filter itu telah membuatkan mukanya menyerupai seakan dipercayai adik lelakinya yang sudah tiada.

“Oh tuhan, muka saya kelihatan seperti Adam,” katanya sambil bertukar menjadi sebak dalam video itu.

Perkongsian video tersebut seterusnya telah menjadi tular dan sehingga kini, ianya telah ditonton 4 juta kali oleh netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut turut berasa sebak dengan perkongsiannya itu.

Video tular di laman Tiktok

@justadogmomandpharmacistWasn’t expecting this to happen tonight… ##iwishheavenhadvisitinghours♬ Coming Home – Part II – Skylar Grey