[VIDEO] “Dia baling tak kena,” Main Squid Game di MRT Pasar Seni, Aksi Pemuda Ini Jadi Perhatian Netizen

Dunia kini dilanda demam ‘Squid Game’, iaitu sebuah cerita bersiri keluaran Netflix dari karya barat arahan Hwang Dong Hyuk.

Drama Korea Squid Game ini menceritakan tentang perjuangan hidup ratusan orang yang terlilit dengan hutang dan telah ditawarkan untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak 45.6 million won.

Drama bersiri ini bukan sahaja trending di seluruh media sosial malah menjadi bualan di seluruh dunia sehingga ada yang membuat parodi berkenaan drama itu.

Terbaharu seorang pengguna tiktok yang dikenali sebagai Syazwan Evan telah memuat naik video dimana kelihatan dua orang pemuda sedang bermain ddakji di MRT pasar seni.

Ddakji merupakan permainan tradisi orang korea yang juga salah satu permainan yang ada di dalam drama bersiri Squid Game itu.

Situasi di dalam video tersebut juga sama seperti di dalam drama ketika mahu merekrut peserta yang ingin sertai pertandingan itu demi mendapatkan wang.

Menerusi video tersebut, apa yang menjadikan video tersebut tular adalah disebabkan cara mereka bermaian seperti tidak cekap dan hanya melempar ddakji tersebut tanpa kena.

Video itu sangat melucukan kerana skill pemain dan penganjur boleh dikatakan tidak berbakat dalam permainan ddakji menjadi perhatian ramai.

Mana tidaknya, selama sejam permainan berlangsung namun masih tidak menemui pemenang dan ddakji terlihat dilempar tidak mengena ddakji lawan dan hanyalah ke lantai.

Menerjah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur malah ada juga yang mahu ikut sertai permainan tersebut kerana ramai yang mahukan wang seperti dalam drama bersiri thriller itu.

Ada juga netizen mengatakan jika beginilah skill penganjur dan pemain pasti tidak ada pemenang sehingga ke akhir.

Namun ada yang perasan bahawa di dalam video tersebut tiada aksi menampar pihak yang kalah seperti di dalam drama itu, tapi jika mereka menggunakan syarat itu pastinya pipi mereka sudah tidak terasa kerana tiada satu pun yang kena.

“MRT MANA NI? AKU NAK JOIN PLS HAHAHHAA I NEED MONEY”

“Tak asal yang pakai coat tu baling tak kena langsung”

Video tular di laman Tiktok

 

@syazwanevansDo you guys wanna play ##SquidGame for money? 😱 ##Netflix ##fyp ##tiktokmalaysia♬ MONEY – 리사 (LISA)