“Kerusi belakang pusing sendiri,” Rakaman Seram Ketika Hannah Yeoh Berucap Jadi Perhatian Netizen

Ramai orang yang tidak percaya dengan kewujudan makhluk misteri walaupun pernah diganggu atau berdepan dengan situasi yang menyeramkan.

Situasi seperti inilah kadangkala mengejutkan orang yang menghadapinya.

Seperti video yang tular baru-baru ini tentang seorang Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh di laman Twitter miliknya.

Rakaman video yang menyeramkan itu telah dimuat naik oleh dirinya sendiri di akaun rasmi milik beliau @HannahYeoh.

Kerusi Berpusing Sendiri

Di dalam video tersebut berdurasi 1 minit lebih itu, Hannah Yeoh dilihat sedang menuntut penjelasan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan berkenaan isu rayuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berkenaan Taman Rimba Kiara di dalam Parlimen.

Namun, ketika sedang berucap pada saat ke 11 terlihat sebuah kerusi dibelakangnya berpusing dengan sendirinya tanpa ada sesiapa di situ. Beliau yang melihat kembali rakaman itu berasa terkejut dan terkedu.

 

Menerusi laporan di portal rasmi Parlimen Malaysia , dapat dilihat bahawa kerusi tersebut memang ‘kosong’ dan tiada pemilik berdasarkan tempat duduk Ahli Dewan Rakyat.

Malah ketika Hannah Yeoh berucap, difahamkan tiada seorang individu pun yang dilihat sedang duduk di kerusi berkenaan ketika ia berpusing sendiri.

“Hantu pun dah ambil alih kerusi MP dalam Parlimen”

Menerusi perkongsian di laman twitter itu, rata-rata netizen terkejut melihat kerusi itu bergerak dengan sendiri malah ramai juga yang turut berseloroh tentang perkara itu.

Ada yang mengusik mungkin bangunan parlimen itu sudah lama ditutup dan ditinggalkan jadi ‘hantu’ yang menetap di sana.

Justeru ada yang berkata mungkin ahli parlimen yang sepatutnya duduk di kerusi misteri itu sebenarnya hadir namun bersembunyi di bawah meja.

“Hantu lagi berminat nak hadir parlimen dibandingkan dengan MP. PRU depan kita undi hantu jela”

“Hadir tapi sembunyi bawah meja spjg sesi perbahasan.”

“Hahahah parlimen lama sangat kosong, sampai hantu pun take over hahahah”

Ketika artikel ini ditulis video itu sudah pun meraih lebih 77.4K views, 613 retweets dan 623 likes di laman Twitter.

Video tular di laman Twitter