[VIDEO] Tak Berhenti Main Telefon, Ibu Conteng Gincu Di Mata Buat Anak Menangis Takut

Umum mengetahui penggunaaan gajet masa kini amatlah penting seiirin dengan teknologi yang semaki hari semakin maju.

Bukan saja orang dewasa, namun kanak-kanak juga boleh ketagih bermain telefon bimbit mereka.

Oleh itu para ibu bapa juga bimbang dengan perkara itu tetapi sukar untuk dihalang.

Sama seperti video yang tular di tiktok baru-baru ini. Seorang wanita yang bergelar ibu telah membuat sesuatu kepada anaknya iaitu menconteng kelopak mata anaknya yang sering leka bermain telefon dari siang hingga ke malam.

Menerusi video yang dikongsikan di Tiktok itu, dapat dilihat anak lelakinya itu sedang tidur dan ibunya menconteng kelopak matanya dengan gincu untuk kelihatan seolah-olah mata anaknya itu lebam.

Menurut si ibu, tindakannya berbuat demikian adalah untuk memberi pelajaran kepada anaknya kerana sudah di pesan banyak kali untuk menghadkan bermain telefon namun anak lelakinya itu tidak mengendahkannya.

“Bila mama dan ayah pesan, tak dipeduli. Hari ini mama kerjakan! Kita tunggu dia bangun macam mana. Calit-calit gincu dekat mata dia.

“Sebab sebelum ini, mama dah pesan mata akan berdarah kalau tengok telefon bimbit tanpa henti.”

Lantaran dengan perkongsian itu, ibunya telah memuat naik video reaksi anaknya setelah melihat mata sendiri yang sudah ‘lebam’ itu.

Katanya sebelum ini dia dan suami telah berlakon seperti itu juga untuk membuat anaknya itu berasa takut.

“Masa ini dia dah sedar apa terjadi dekat diri dia. Sebelum ini, kami berlakon terkejut tengok dia dan bagi dia tengok cermin, meraung, melompat terus dekat mama. Tak sempat nak rakam. Mama acah-acah kasi dia takut berlakon kan kena real kan.”

Anak lelakinya yang terkejut melihat muka sendiri terus meraung ketakutan apabila melihat matanya sendiri. Bukan itu sahaja, malah ibunya juga memujuk anaknya itu dan mengusiknya untuk dibawa ke hospital namun ajakan itu ditolak oleh anaknya kerana berasa takut.

Tambahnya lagi, apa yang dilakukan olehnya ini bukanlah untuk membuli anaknya sendiri malah ingin memberi pengajaran sahaja kerana sayangkan anak serta dia tidak mahu sesuatu yang lebih buruk terjadi kepada anaknya jika tidak dicegah.

“Mama buat ini sebab mama sayang abang. Nanti mama ganti dengan mainan ya sayang.”

Perkongsiannya itu telah membuat netizen terhibur melihat reaksi anaknya itu malah ada juga yang berkongsi pengalaman bagaimana mereka mengawal ketagihan telefon bimbit terhadap anak-anak mereka.

Video tular di Tiktok

@thechanteqBila mama & ayah pesan,tak dipeduli. 🐼 ari ni mama kerjakan! kita tgu dia bangun mcm mana #padanmukakau #kasirasa♬ janji putih – im her

@thechanteqsambungan kemarin. Alhamdulillah nampaknya bhasil #BukanBuli #kasiajarsamainibudak #kasirasa #trythis♬ original sound – My Spring Lullaby