[VIDEO] Dapat Makan McNuggets, Adik Adam Menangis Kegembiraan

Penularan wabak COVID-19 bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia kini sedang bertungkus lumus menyekat penularan wabak ini.

Restoran ditutup selama 3 minggu

Penularan wabak ini turut menyebabkan rutin kehidupan harian kini sudah berubah  termasuk makan di luar.

Selain itu, di Singapura kesemua cawangan restoran telah ditutup selama tiga minggu bermula dari 19 April hingga 10 Mei.

McDonald’s merupakan hidangan kegemarannya

Tiada siapa yang menyangka kenikmatan hidangan McDonald’s mampu menitiskan air mata. Ini terjadi kepada seorang kanak-kanak 9 tahun yang menghidap autisme.

Menurut ibunya yang dikenali sebagai Cik Wati di media sosial, telah berkunjung ke McDonald’s di Pioneer Mall untuk membeli juadah berbuka puasa

Adam, i wanted to suprise you

Sejurus selepas pulang ke rumah, Adam teragak-agak untuk keluar dari bilik kerana disangkakan ibunya ingin menakutkannya.

“Saya rasa Adam dapat menghidu aromanya. Adam, I wanted to surprise you!”

Air matanya mula berlinang tanda kegembiraan

Apabila tiba waktu berbuka puasa, Adam dilihat mula menjamah McNuggets. Akan tetapi air matanya mula berlinang sebagai tanda kegembiraan.

Nugget dan kentang goreng makanan kegemarannya 

Selain itu, ibunya turut memberitahu bahawa nugget bersama kentang goreng dan aiskrim merupakan makanan kegemarannya.

Beliau juga turut berkongsi mengenai reaksi yang ditunjukkan oleh anaknya yang dianggap keterlaluan.

Reaksi itu kerana disebabkan oleh rangsangan deria sensitif dan autisme yang dialami oleh Adam.

Melihat telatah Adam yang comel dan mencuit hati ini juga telah mendapat perhatian dari pelbagai media dan akhbar di seluruh dunia.