[VIDEO] Fizi Dari Upin & Ipin Cetus Kemarahan Netizen Malaysia & Indonesia Disebabkan Babak Ini

Siri Upin & Ipin bukan sahaja popular dikalangan rakyat Malaysia malah siri animasi ini turut popular di Indonesia.

Animasi yang mengisahkan mengenai sepasang kembar bernama Upin & Ipin bersama rakan-rakannya ini cukup menghiburkan penonton tidak kira lapisan usia.

Satu babak dari siri animasi ini tular di sosial media apabila ramai yang berkongsikan mengenainya.

Babak Mail dan Fizi curi perhatian ramai

Babak tersebut memaparkan Upin dan Ipin berbual bersama sahabat mereka iaitu Mail dan Fizi itu mencuri perhatian ramai apabila salah seorang daripada mereka tersalah cakap.

Menerusi video yang tular itu, kedengaran Mail sedang memberitahu sahabat mereka itu yang dia kena membantu ibunya membuat kerja-kerja persiapan menyambut hari raya.

“Tak adalah syurga, itu pun tak tau” 

Kemudian Upin atau Ipin membalas kagum dengan sahabat mereka itu dengan memuji Mail anak misali.

Lalu, Mail pula menyahut mestilah syurgakan di bawah telapak kaki ibu dan disahut oleh si kembar ini jika tiada ibu bagaimana pula? Fizi menyampuk, “tak adalah syurga, itu pun tak tau”.

Upin dan Ipin tersentak sayu

Jawapan Fizi itu membuatkan Upin dan Ipin tersentak sayu. Memang salah cakap betul budak bernama Fizi ini.

Perkongsian babak pendek mengenai Fizi dari Upin & Ipin ini telah meraih lebih 3 juta tontonan dan 30,400 retweets serta 33,200 likes.

Adegan tersebut turut mendapat perhatian netizen yang turut sama tidak bersetuju dengan dialog Fizi ini yang agak kasar gurauannya kepada Upin dan Ipin.