[VIDEO] “Ha tangan buat apa tu?” Gelagat Lucu Cucu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Tarik Perhatian Netizen

Sambutan hari raya tahun ini sedikit berbeza dari tahun-tahun sebelum ini kerana kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kerajaan telah menetapkan aktiviti ziarah-menziarahi pada setiap perayaan dalam masa terdekat ini hanya dihadkan pada hari pertama sahaja.

Ziarah terhad 20 orang sahaja

Sementara itu, menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, aktiviti itu juga hanya terhad kepada 20 orang pada hari tersebut terdiri daripada ahli keluarga terdekat.

Menurut beliau lagi, jumlah 20 orang tetamu pada hari raya pertama itu juga bergantung kepada saiz kediaman.

“Kalau kata pangsapuri bersaiz 600 kaki persegi, 20 orang dalam satu masa mungkin terlalu ramai dan penjarakan sosial tidak dapat dilakukan”.

Rakyat perlu patuhi peraturan semasa ziarah pada hari raya pertama

“Mungkin lima orang dalam satu-satu masa sesuai. Namun jumlah maksimumnya ialah 20 orang untuk satu hari (hari raya pertama),” katanya.

Menerusi satu temubual Astro Awani bersama beliau pada hari raya pertama, beliau turut berpesan supaya semua rakyat Malaysia mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Ketika diwawancara secara online, cucu perempuan beliau turut bersama-sama disebelahnya.

“Miss Lim pesan jgn lupa tengok dia on Astro Awani at 9pm tonight. Dia cakap kalau you all nampak part yg dia korek hidung lap kat baju Atok @ismailsabri60 tu just buat buat tak nampak la ya… @princessmandagie”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nina Mandagie (@ninaismailsabri) on

Gelagat lucu cucu tarik perhatian 

Apa yang lebih menarik adalah ketika bercerita mengenai bajunya yang sentiasa menjadi tumpuan penonton, cucu disebelahnya turut menarik perhatian netizen.

Video itu memaparkan cucunya yang membuat satu aksi lucu tanpa disedari oleh beliau yang sedang menjawab soalan yang diberikan.

Cucu tunggalnya yang bernama Jeanelle Nika Mandagie kini berusia tiga tahun merupakan cahaya mata sulung anak perempuan Ismail Sabri, Datin Nina Sabrina dengan pasangannya Datuk Jovian Mandagie yang juga pereka fesyen terkenal.