[VIDEO] Dapat Anak Kembar Setelah 6 Tahun Penantian, Namun Dua-dua ‘Pergi’ Selepas 7 Hari

Kehadiran cahaya mata dalam rumah tangga yang dibina semestinya dinanti-nantikan oleh setiap pasangan.

Namun begitu, tidak semua pasangan bernasib baik dimurahkan rezeki zuriat. Ada diantaranya perlu melalui pelbagai ujian sebelum beroleh cahaya mata.

Malah, ada yang harus menunggu bertahun-tahun lamanya sehingga tiba saat yang ditunggu-tunggu bergelar ibu dan bapa.

6 tahun penantian akhirnya pasangan ini bergelar ibu dan bapa

Begitulah juga dengan satu kisah yang dikongsikan di media sosial mengenai sepasang suami isteri ini yang akhirnya penantian mereka selama 6 tahun berhasil dengan khabar gembira.

Menerusi satu perkongsian sebuah rakaman video di aplikasi TikTok, seorang pengguna bernama Fitrah Akbat memuat naik momen gembira itu di media sosial.

Kami dapat kembar sepasang

Bayi terpaksa dilahirkan secara pramatang 

Beliau sempat merakam detik bahagia bersama isteri tercinta ketika menyambut kelahiran bayi kembar mereka.

Walaubagaimanapun, bayi kembar lelaki dan perempuan mereka itu terpaksa dilahirkan secara pramatang sewaktu kandungan masih berusia 6 bulan kerana berlaku komplikasi.

Berat bayi cuma 700 gram

Difahamkan, kedua bayi mereka hanya dilahirkan dengan berat cuma 700 gram dan kemudiannya bayi kembar itu ditahan di Unit Rawatan Rapi.

Namun, khabar gembira buat pasangan tadi bertukar duka apabila bayi mereka tidak mampu untuk bertahan lama.

Bayi kembar itu tidak dapat bertahan lama

Apa yang menyedihkan, harapan untuk melihat bayi kembar mereka terus bertahan dan membesar dengan sihat berakhir dengan linangan air mata.

Kedua bayi kembar mereka hanya mampu bertahan sehingga 7 hari dan telah disahkan meninggal dunia.


Salam peluk dari abi umi dan jumpa kami di syurga

Meskipun pasangan ini redha dengan ketentuan takdir yang telah tertulis, namun kesedihan jelas terpancar di wajah kedua-duanya.

Menerusi video berkenaan, pasangan ini berharap bakal menemui kedua-dua anak kembar mereka di syurga.

Setelah dua tahun, pasangan ini dikurniakan seorang bayi perempuan

Walaubagaimanapun, berkat kesabaran dan tidak kenal putus asa pasangan kembali berusaha untuk mendapatkan zuriat.

Akhirnya setelah dua kali mencuba, doa mereka telah dikabulkan dan telah lahir seorang bayi perempuan yang comel diberi nama Jenahara Akbar.

Netizen terharu dengan ketabahan dan kesungguhan pasangan ini

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu dan memuji kesungguhan kedua pasangan ini yang tabah dan tidak kenal erti putus asa.

Video yang tular di laman Tiktok

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media KL (@mediakl.my)

Semoga rumahtangga yang dibina bertambah ceria dengan kehadiran bayi perempuan dalam hidup mereka.