“Tiap hari hidangannya perlu ikut tema,” Hanya Boleh Membaca B. Inggeris, Aqif Ada ‘Multiple Disorder’

Ramai yang tidak tahu sebenarnya kanak-kanak yang didiagnos menghidap autisme, disleksia juga Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) akan mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri.

Menurut seorang wanita yang berasal dari Miri, Sarawak, Gassatinah Jaujie atau lebih mesra disapa Mummy berkongsi cerita mengenai seorang remaja berusia 13 tahun yang menghidap Multiple Disorder.

Saya menjaganya sejak dia berumur tiga puluh hari lagi

Memetik laporan mStar, wanita berusia 58 tahun itu berkata, anak angkatnya, Aqif Shairazee Abdul Rashid itu mempunyai keistimewaan luar biasa dari segi cara pemikirannya sehinggakan dia dilabelkan sebagai orang yang unik dan kreatif.

Dia memberi tumpuan sepenuhnya terhadap perkembangan Aqif, sekaligus memudahkan untuk dia menunaikan permintaan anak istimewanya itu.

“Aqif adalah anak kepada adik saya yang diamanahkan kepada saya untuk menjaga sejak dia berumur tiga puluh hari lagi”.

Pada mulanya saya tidak tahu sehingga usianya tujuh tahun

“Saya mulanya tidak tahu anak ini menghidap autisme sehingga usianya tujuh tahun”.

“Walaupun dia menghidap Multipe Disorder, hanya disleksia yang sehingga hari ini menjadi kelemahan utamanya”.

Aqif tidak sama seperti kanak-kanak autisme yang lain

“Saya boleh katakan anak angkat saya ini sangat unik dan istimewa, kerana dia tidak seperti kanak-kanak autisme yang lain”.

“Tahap pemikirannya seperti rasa ingin tahu itu sangat tinggi,” ujarnya kepada mStar.

Aqif ada rasa ingin tahu yang tinggi pada benda-benda pelik

Jelasnya, jika dibanding dengan kanak-kanak autisme yang lain, Aqif mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi kepada benda-benda pelik dan itu salah satu yang menyebabkan dia sukar untuk tidur.

Apa yang lebih unik, Aqif mula mengenai perkataan dari huruf. Baru tahun ini anak istimewa itu kenal huruf dan dapat membaca, sebelum ini dia tahu maksud perkataan tetapi tidak tahu huruf.

Aqif akan bertutur dalam bahasa Itali dan German

“Anak saya ini bukan hiper dari segi perangai tetapi pemikiran. Dia suka bertanya sesuatu yang luar dari kotak”.

“Kadang-kadang Aqif akan bertutur dalam bahasa asing seperti Itali, German dan sebagainya”.

Dia hanya boleh membaca dalam bahasa Inggeris sahaja

“Kalau baca pula dia langsung tidak boleh baca Melayu tapi bahasa Inggeris sahaja” kongsinya lagi.

“Dulu lagi pelik, dia tahu maksud perkataan contoh papan tanda ‘Exit’ dia tahu itu maksud keluar tetapi jika ditanya huruf satu-satu dia tidak tahu,” jelasnya.

Setiap hidangan makanan Aqif perlu bertema

Menurut wanita ini, pengalaman dalam usaha menyediakan makanan kepada Aqif yang sukar untuk makan makanan sebarangan.

Setiap hidangan makanan Aqif perlu mengikut tema yang ditetapkan oleh anak istimewa itu.

Aqif mula menjamah nasi ketika berumur sembilan tahun

“Sejujurnya saya berasa gembira dalam menyediakan makanan untuk Aqif, kerana dari situ juga saya belajar banyak perkara”.

“Sebelum ini Aqif langsung tidak makan nasi, sejak umur sembila tahun baru mula makan nasi”.

Aqif akan tetapkan tema hidangan seperti bunga, coral dan sebagainya

“Selalunya Aqif akan menetapkan tema untuk hidangannya seperti tema bunga, tema coral dan sebagainya”.

“Bagaimanapun, saya masih boleh berunding dengan Aqif sekiranya tema makanan yang dia mahu tidak dapat saya tunaikan,” ujarnya.

Lukisan Aqif dipamerkan di Universiti Malaya, pameran ABLE dan Pustaka Miri

Jelasnya lagi, remaja istimewa itu juga dikurniakan kebolehan dan bakat yang luar biasa dalam melukis.

Malah, lukisan Aqif juga pernah di pamerkan di beberapa tempat seperti di Universiti Malaya, pameran ABLE dan di Pustaka Miri.

Aqif anugerah Allah kepada

Untuk mengasah bakat Aqif dalam bidang yang diminatinya, Mummy menghantarnya mengikuti kesan kelas piano dan melukis setiap minggu.

Selain itu, mummy yang mempunyai dua anak kandung iaitu Aimi Shaira, 34, dan Afiq Shairazi, 29, menganggap Aqif sebagai anugerah Allah kepadanya.

Kehilangan suami setahun yang lepas membuatkan Mummy lebih kuat apabila didampingi anak istimewa ini.

Semoga Aqif terus maju dalam apa jua bidang yang diminatinya dan moga lebih banyak pendedahan dan kemudahan bagi anak-anak istimewa ini menerokai dunia mereka.