[VIDEO] Beriya Kayuh Basikal Mahal, Budak Kecik Selamba ‘Tapaw’ Naik Bukit

Sejak kebelakangan ini, sukan berbasikal dilihat kembali popular dan menjadi trend terutaman bagi golongan anak muda.

Sukan ini mula diminati ramai bukan sahaja dikalangan golongan lelaki namun ia turut diminat oleh kaum wanita.

Sukan berbasikal trend terbaru golongan muda

Malah, beberapa artis Malaysia juga dilihat mula menyertai sukan berbasikal ini apabila mereka berkongsi aktiviti ini di ruangan media sosial masing-masing.

Jika anda keluar pada hujung minggu, sedari awal pagi kelihatan kumpulan-kumpulan basikal sudah mula memulakan kayuhan menuju ke destinasi masing-masing.

Ada satu video lucu berbasikal yang sempat dirakam secara tidak sengaja

Oleh kerana sukan ini yang sedang popular, pastinya video-video berbasikal tular di media sosial.

Salah satunya adalah video yang sempat dirakam oleh sekumpulan pengayuh yang sedang menaiki bukit dengan seorang budak memakai baju berwarna biru.

Muncul seorang budak-budak dengan basikal biasa

Menerusi video yang tular di laman Twitter, satu rakaman memaparkan sekumpulan pemuda sedang beriadah sambil berbasikal.

Meskipun kejadian itu tidak dapat dikenalpasti berlaku dimana, apa yang menjadi perhatian adalah seorang kanak-kanak yang tiba-tiba muncul di dalam video berkenaan.

Selamba budak lelaki itu kayuh basikal tanpa rasa penat

Kumpulan basikal ini kelihatan sedang berusaha menaiki bukit sebelum seorang budak lelaki berbasikal muncul dan mengayuh lebih laju dari belakang kumpulan itu.

Apa yang melucukan adalah kanak-kanak berbaju biru itu dengan selamba memotong kumpulan tadi menaiki bukit tanpa berasa penat.

Walau pakai basikal biasa, budak tadi berjaya memotong kumpulan tersebut

Yang menjadi perbualan hangat adalah kemahiran berbasikal yang ditunjukkan oleh budak lelaki itu dengan hanya menggunakan basikal murah biasa namun berjaya memotong kumpulan basikal itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai komen lucu dan terhibur dengan gelagat budak berkenaan.

Video yang dikongsikan di laman Twitter itu telah berjaya meraih sebanyak lebih dari 160 ribu tontonan setakat ini.