[VIDEO] “Da koyak ke..” Mengalir Air Mata Diejek Tiada Anak Masa Live, Respon Suami Buat Netizen Sebak

Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pastinya tidak sabar menanti detik indah kelahiran cahaya mata mereka.

Namun begitu, tidak semua dari kita bernasib baik dikurniakan cahata mata selepas mendirikan rumahtangga.

Bertahun menunggu zuriat yang tidak kunjung tiba

Ada diantara kita terpaksa menunggu bertahun-tahun sebelum si comel itu datang menyerikan lagi rumahtangga yang dibina.

Bukan mudah melalui fasa tersebut, pastinya kadang kala pertanyaan mengenai anak mengguris hati mereka.

Sama seperti apa yang dilalui oleh seorang pengguna media sosial yang terpalit isu mengenai anak ini, beliau adalah Puan Rozyana Roslan.

Tersentak dengan soalan zuriat, wanita ini sebak

Difahamkan, menerusi satu video beliau berdepan dengan keadaan ditanya seorang individu berkali-kali mengenai zuriat.

Beliau yang tersentak dengan soalan tersebut kelihatan sebak dan terganggu dengan soalan yang diajukan.

Nak tengok anak kau

Ya, dia menang buat saya menangis

Hati mana yang tidak sayu apabila soalan yang diajukan memerlukan beliau mengumpul kekuatan untuk menjawabnya. Pastinya rezeki zuriat sudah lama diimpikan oleh mereka.

Menerusi video yang dimuat naik ke aplikasi TikTok, wanita ini mendedahkan seakan-akan diejek oleh seorang individu dengan gelaran ‘Angah’ dalam sebuah sesi live tempoh lalu.

Individu tersebut telah mempersoalkan hal berkaitan anak secara berulang kali, Puan Rozyana terus menerima respon yang cukup mengguris hati meskipun sudah menjawab pertanyaan itu dengan cara baik.

Wanita ini kongsi 3 ekor kucing yang telah dianggap seperti anak sendiri

Susulan dari kejadian itu, beliau kemudiannya memuat naik satu lagi video menjelaskan apa yang terjadi.

Malah, beliau turut berkongsi mengenai  3 ekor kucing peliharaannya yang sudah dianggap dan dijaga dengan penuh kasih sayang umpama anak sendiri.


InsyAllah, satu hari nanti pasti Allah beri kami peluang menimang anak sendiri

Suaminya yang turut terkesan memberikan reaksi tenang yang cukup mengundang rasa sayu apabila isterinya menerima ejekan daripada individu tidak dikenali.

Pasangan ini percaya suatu hari nanti mereka berdua pasti akan diberikan peluang menimang anak sendiri berbekalkan keyakinan terhadap rezeki Allah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozyana Roslan (@rozyanaroslan2)

Apa yang penting, mereka sudah berusaha dan mahu membahagiakan isteri serta keluarganya terlebih dahulu buat masa sekarang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dan menitipkan doa semoga pasangan terus tabah dan dikurniakan cahaya mata suatu hari nanti.