Hanya Berlakon Watak Tiang, Lelaki Ini Terkejut Tersenarai Calon Artis Baru Popular

Malam semalam kita menyaksikan kemeriahan Anugerah Bintang Popular ke-33 yang telah mempertandingkan 13 kategori utama dan 5 kategori online.

Keputusan pemenang setiap kategori telah disampaikan oleh para penyampai trofi yang terdiri daripada barisan anak seni yang berbakat dalam industri masing-masing.

Haqiem Rusli Bintang Paling Popular ABPBH33

Anugerah yang ditunggu-tunggu iaitu Anugerah Bintang Paling Popular menyaksikan kemenangan berpihak kepada penyanyi berbakat besar iaitu Haqiem Rusli.

Penyanyi ini telah membawa pulang trofi serta sebuah kereta baharu tajaan sebuah syarikat permotoran.

Tiba-tiba aku tercalon Artis Baharu Lelaki Popular

Menerusi laporan Hot FM,  timbul pula satu kisah lucu di laman sosial Twitter mengenai seorang lelaki yang mendakwa dirinya tersenarai di dalam pencalonan Artis Baharu Lelaki Popular tanpa pengetahuannya.

Saya jadi extra 1 drama, itu pun jadi tiang je

Tweet tersebut telah dimuat naik oleh Wafiy Rosli dan ketika dihubungi pihak Hot FM, beliau mengakui terkejut dan tidak menyangka bahawa dirinya tercalon untuk kategori itu sedangkan dia bukanlah pelakon.

“Saya jadi extra 1 drama “Seram asrama” dlm 1 tahun HHAHHAHAHAHAH, itu pun jadi tiang je”.

Menurut lelaki ini, dia menjelaskan bahawa hanya pernah menjadi pelakon tambahan kepada sebuah drama sahaja.

Netizen ucap tahniah

Apabila ditanya mengenai minatnya di dalam bidang lakonan, Wafiy berkata dia tidak menolak sekiranya ada pihak produksi mahu menawarkan dirinya menjadi seorang pelakon.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan tweet tersebut. Malah ada yang mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga beliau menjadi pelakon suatu hari nanti.