[VIDEO] Burung Merpati Malas Terbang, Naik LRT Macam Orang Sibuk Nak Pergi Kerja

Media sosial telah menjadi medium untuk orang ramai berkongsi pelbagai info dan video secara meluas.

Seperti satu video yang tular di media sosial mengenai gelagat sepasang burung merpati yang telah berjaya menarik perhatian ramai.

Burung merpati menaiki tren apabila pintu tren terbuka

Video tersebut memaparkan gelagat burung merpati itu dengan tenang dan selamba menaiki tren ketika pintu tren terbuka.

Apabila pintu tertutup, burung merpati itu kelihatan tenang dan memahami apabila tren sedang bergerak.

Burung tersebut berdiri berdekatan dengan pintu

Gelagat burung itu membuatkan netizen bingung dan mendakwa burung itu seperti tahu apa yang mereka lakukan.

Video yang dimuat naik Farohnatt di laman TikTok menunjukkan dua burung itu berdiri berdekatan dengan pintu sambil memerhati permandangan dalam insiden yang berlaku di Sydney, Australia.

Tren berhenti dan burung merpati ini bersiap sedia untuk keluar

Apabila tren mula perlahan dan berhenti di stesen, burung merpati itu kelihatan bersiap sedia untuk keluar.

Apabila pintu terbuka, kedua-duanya dengan yakin dan berlagak seperti manusia, berjalan keluar dari tren.

Video tersebut meraih tontonan lebih 400,000 kali

Gelagat tersebut membuatkan orang ramai kagum dengan kelakuan dua burung merpati itu, lelaki yang merakam video itu sempat melambai kepada mereka melalui tingkap.

Video tersebut meraih lebih dari 417,000 kali tontonan sejak dimuat naik di laman TikTok pada 14 November lalu dan ramai netizen terpegun melihat kelakuan burung merpati berkenaan.


Ini burung yang bijak

“Ini bukan burung malas, tetapi burung yang bijak,” kata netizen yang mengenai video tersebut.

“Diorang keluar macam penumpang biasa. Ni mesti dah biasa buat dan ini bukan kali pertama diorang buat camni. Nampak melucukan juga, tapi harus diakui diorang ni burung yang bijak,” kata netizen lain.

Menerusi laporan portal Psychology Today, burung merpati di bandar adalah bijak dan mampu mengira dari angka satu hingga sembilan.

Difahamkan, burung ini juga mampu memahami 58 perkataan manusia, menjadikan mereka juga pandai seperti cimpanzi dalam banyak perkara.