[VIDEO] Berbasikal Uzur Redah Hujan Lebat Hantar Makanan, Lelaki Ini Sebak Dapat Kejutan Basikal Baru

Seperti yang diketahui umum, penularan pandemik Covid-19 turut menjejaskan ekonomi negara.

Oleh yang demikian, ramai diantara kita turut terkesan dan ada yang diberhentikan kerja malah ada yang terpaksa membuat kerja sambilan demi meneruskan kelangsungan hidup.

Sebulan mencari kerja, akhirnya diterima bekerja sebagai penghantar makanan

Seperti kisah seorang lelaki ini yang mana dia telah diberhentikan kerja sebagai kelindan lori sebulan yang lalu.

Setelah berusaha selama sebulan mencari pekerjaan, dia akhirnya diterima bekerja sebagai penghantar makanan berbasikal di Kuala Terengganu.

Hantar makanan guna basikal dalam hujan lebat

Kisah ini dikongsikan oleh Syamieyl di Twitter, pada suatu petang dia terjumpa seorang pekerja Food Panda sedang menghantar makanan dalam hujan lebat.

Apa yang lebih menyedihkan adalah apabila rider Food Panda itu hanya menggunakan basikal ke destinasi dituju.

Basikal yang digunakan sudah kelihatan uzur

Perkongsian tersebut setakat ini sudah mendapat lebih 1.4k retweet dan 2k likes daripada orang ramai.

Orang ramai turut bersimpati apabila rider tersebut hanya menggunakan basikal yang sudah kelihatan uzur untuk bekerja.

Dengan niat untuk menghulurkan sedikit bantuan, lelaki ini telah menghubungi dan meminta izin untuk berjumpa di sebuah kedai.

Hanya pakai baju bundle

Dia sempat singgah di bundle untuk beli baju hujan 

Difahamkan, sebelum lelaki tersebut datang ke kedai makan, dia sempat singgah ke kedai pakaian bundle membeli baju hujan yang bernilai RM3 untuk tiba ke destinasi dalam keadaan hujan.

Oleh kerana berasa simpati dengan keadaan penghantar makanan tadi, Syamieyl berusaha mendapatkan sejumlah sumbangan daripada orang ramai menerusi media sosial.

Basikal baru dihantar ke rumah rider tadi

Setelah mendapat sejumlah sumbangan daripada orang ramai menggunakan platform media sosial, Syamieyl membelikan sebuah basikal untuk dihadiahkan kepada individu tersebut.

Terharu dan sebak dapat basikal baru 

Syamieyl telah menghantar hadiah tersebut sampai ke depan rumah rider Food Panda itu.

Keadaan sebak seketika apabila rider Food Panda tersebut kelihatan terharu setelah terlihat basikal baru yang dihadiahkan kepadanya.

Terima kasih kepada para penyumbang

Menerusi perkongsian di laman Facebook Al-Hikmah Charity, satu video telah dimuat naik mengenai kisah yang sama berkenaan rider Food Panda ini.

Mereka bekerjasama dengan Syamieyl untuk mengumpul dana bagi membelikan basikal baru yang lebih sesuai untuk digunakan menghantar makanan.

Semoga lebih ramai orang individu yang tampil membantu golongan yang memerlukan bantuan terutama mereka yang terjejas ketika ini.

Diharap kisah ini member inspirasi dan pengajaran kepada kita semua. Sifat rajin berusaha lelaki ini perlu dijadikan contoh kepada kita semua.