[FOTO] “Abah minta maaf,” Anak Sayu Baca Tulisan Terakhir Ayah Sebelum Meninggal

Penularan pandemik Covid-19 semakin mengganas di seluruh dunia dan jumlah kematian seluruh dunia bertambah dari hari ke hari.

Namun begitu, Malaysia juga tidak terlepas dengan peningkatan jumlah jangkitan yang membimbangkan dan kadar kematian yang semakin bertambah saban hari.

Tiada tatapan terakhir oleh ahli keluarga

Seperti yang kita semua sedia maklum, setiap kematian akibat jangkitan Covid-19 ini hanya boleh diuruskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut prosedur yang ditetapkan.

Walaupun saat dikebumikan adalah detik terakhir yang berharga bagi ahli keluarga, namun tiada apa yang dapat dilakukan kerana ia merupakan saat yang sedih buat ahli keluarga.

Saat dikebumikan, jenazah mereka yang pergi akibat Covid-19 tidak boleh disertai oleh ahli keluarga.

Hanya kiriman doa mengiringi jenazah dikebumikan

Ahli keluarga hanya boleh memandang dari jauh dan mengirimkan doa buat insan tersayang yang mereka rindui itu.

Seperti salah satu kisah yang meruntun hati ini daripada salah seorang anak kepada mangsa korban pandemik ini meluahkan rasa sedih kehilangan bapa tersayang.

Bapa pergi kerana Covid-19 tinggalkan warkah buat anak-anak tercinta

Apa yang lebih menyedihkan mereka apabila ayahnya sempat meninggalkan warkah untuk anak-anak tercinta.

Menerusi perkongsian Fika Maira diruangan Facebook, beliau berkongsi kisah sedih ini bersama orang ramai.

Sempat tengok abah disimpan walaupun dari jauh

“Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah. selesai sudah semua urusan pengebumian abah pagi tadi”.

“Alhamdulillah sempat sampai dan jadi wakil keluarga tengok abah disimpan walaupun dari jauh”.

Nota paling terakhir sebelum abah ditidurkan

“Alhamdulillah semua urusan pun Allah mudahkan. Semoga Allah ampunkan abah, beri kelapangan pada abah, dilepaskan dari siksa kubur, dimasukkan di kalangan orang-orang beriman”.

“Nota ini yang paling terakhir sekali abah tinggal sebelum abah ditidurkan pada isnin lepas. I cried everytime”.

Doakan ahli keluarga saya yang lain yang masih dirawat

“Bagi sesiapa yang mengenali abah, sesiapa yang abah saya berhutang dengannya, mohon direct terus pada saya atau ahli keluarga yang lain”.

“Doakan juga buat ahli keluarga saya yang lain yang masih lagi dirawat dan dipantau di hospital ipoh, semoga terus sihat dan selamat dari wabak ini InsyaAllah”.

Covid-19 bukan mainan, jaga diri dan keluarga

“Covid 19 isn’t a joke guys. Follow SOP dan jaga jarak. Jaga diri, jaga keluarga.

“Cuma saya dan suami dan sorang anak menakan sahaja yang tidak dijangkiti. Saya bukan penyebab mereka dijangkiti. Ini kerana ia berlegar-legar di wassap kata saya punca”.

Saya bukan penyebab mereka dijangkiti

Beliau turut mengambil kesempatan ini dengan mengharapkan agar orang ramai mendoakan kesihatan ahli keluarganya yang lain yang masih dirawat di hospital.

Diakhir kata, beliau juga turut memberitahu bahawa salah sangka yang sedang berlegar di ruangan wassap mengenai punca jangkitan dari beliau adalah tidak benar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan salam takziah atas kehilangan bapa tersayang.

Mereka juga sempat menitipkan doa buat ahli keluarganya yang masih dirawat. Moga keluarga diberi kesembuhan dan ketabahan mengharungi ujian ini.