[VIDEO] Berang Isteri Kantoi Curang, Suami Roboh Rumah Guna Jengkaut

Suami mana yang tak bengang kalau dapat tahu isterinya curang dibelakangnya semasa suami sedang sibuk mengerah keringat mencari nafkah buat anak dan isterinya sendiri.

Bayangkan jika hal tersebut berlaku pada diri sendiri. Entah apa tindakan yang bakal kita lakukan untuk melepaskan perasaan geram.

Seperti yang diketahui umum, kes curang dalam perkahwinan merupakan satu isu yang tidak asing lagi dalam masyarakat kita mahupun di luar negara.

Malah, dapat kita lihat pelbagai tindakan aneh telah dibuat oleh orang yang diduakan akibat terlalu mengikut perasaan yang tular di media sosial.

Roboh rumah isteri dengan jengkaut

Menerusi kes baru-baru ini tular apabila seorang suami di Indonesia memutuskan untuk merobohkan rumah isterinya dengan jengkaut.

Difahamkan, hal ini terjadi berpunca apabila isterinya didakwa kantoi curang dengan kekasih gelap.

Penduduk setempat sempat rakam tindakan suami musnahkan rumah

Penduduk setempat sempat merakam tindakan ganas si suami yang memusnahkan rumah itu sebelum ianya tersebar luas ke seluruh sosial media terutama sekali di aplikasi TikTok.

Kejadian yang terjadi di dalam video TikTok berdurasi 36 saat itu dipercayai berlaku di Kampung Pule, Trenggalek, Jawa Timur Indonesia.

Ada penduduk sokong tindakan suami tersebut

Dalam video tersebut, seorang penduduk kampung yang berada di tepi-tepi jalan juga sertai ‘menolong’ membaling batu ke arah cermin rumah yang dirobohkan tersebut sehinggah pecah.

Tindakan pemuda tersebut dikatakan tanda sokongnya akan tindakan yang diambil oleh si suami itu.

Isteri curang ketika suami bekerja di bandar

Menurut sumber lain iaitu Suara.com, akibat perasaan yang terlalu marah si suami kepada isteri.

Si suami sudah fikir masak-masak untuk memusnahkan rumah mereka setelah isterinya yang tercinta ketahuan curang dibelakangnya dengan kekasih gelap isterinya.

Dia yang bekerja di bandar terus bergegas pulang ke kampung di mana terletaknya kediaman mereka dan terus mengupah jengkaut.

Cecah hampir 700,000 tontonan

Video TikTok itu mencuri tumpuan warganet sehingga jumlah tontonannya mencecah hampir 700 ribu tontonan.

Pelbagai reaksi telah diberikan melalui komen. Ada yang menyokong tindakan lelaki tersebut namun ada juga yang bertentangan pendapat.

Video yang tular di TikTok

@rismakurnia66Tanggapan mu piye lur??♬ suara asli – Kangen Dangdutan – Nohan Ft KD

 

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan pendapat mereka berhubung isu berkenaan.

Antara komen-komen warganet.