“Maybe akak tu nak ketenangan” Main Buai Sendirian Dalam Hujan, Lelaki Ini Luah rasa Simpati

Setiap orang mempunyai cabaran hidup yang berlainan sehingga terkadang membawa seseorang ke titik paling hujung dimana dia berserah dan redha dengan semua takdir yang sudah tertulis buat dirinya.

Bagaimana pun, lain orang lain caranya. Ada juga yang menanggani semua hal tersebut dengan mengambil masa untuk bersendiri dan berehat daripada berfikir tentang hal dunia serta mencari ketenangan buat sementara.

Mungkin pada mereka yang suka menggunakan cara ‘me-time’ ini menganggap ianya merupakan ‘healing process’ yang paling terbaik.

Sama juga dengan video yang tular baru-baru ini dimana memaparkan seorang wanita bermain buaian dalam hujan seorang diri telah menarik perhatian ramai.

Apa yang lebih membuatkan netizen sebak adalah, wanita tersebut bermain buaian seolah-oleh sedang menenangkan dirinya daripada segala beban yang dipikul.

“Hari ini rasa nak ronda2 tepi pantai, Lepastu ternampak ada sorang akak ni.. tak tahu apa masalah yang dia hadapi sampai tengah2 hujan pun dia main buai” kata pengguna TikTok ini melalui kapsyen di dalam video tersebut.

“Semoga akak ni kuat hadapi ujian dari Allah SWT.. mungkin akak ni stress sangat dengan ujian yang diterimanya” ujarnya lagi.

Video yang tular di laman TikTok:

@mieykicapxgaming Allahu😩semoga akak dipermudahkan segala ujian dri Allah S.W.T akak🤲bertabah dan redha ya akak amin doakan akak ni baik2 saja yaaa..😔 #fyp@ngahfarm ♬ original sound – MieyKicap Xgaming

“”Allahu semoga akak dipermudahkan segala ujian dri Allah S.W.T akak bertabah dan redha ya akak amin doakan akak ni baikbaik saja ya,” tulisnya.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 314.8K tontonan, 25.0K tanda suka, 1536 komen dan 1060 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen rata-rata netizen turut sebak melihat keadaan wanita tersebut. Ramai juga diantara netizen mendoakan yang terbaik buat wanita tersebut.

Tidak kiralah apa masalah wanita itu sekali pun, orang ramai berharap agar dia dipermudahkan urusan serta mampu untuk tangani masalah tersebut dengan baik.


Benar kata oarang, jika kita merasakan masalah kita besar, ingatlah bahawa ada orang yang masalahnya lebih besar dan berat. Jadi bersyukurlah dan jangan berputus asa untuk teruskan perjalanan dalam kehidupan.