[VIDEO] Geng Pemuda Ini Tidur Di Kubur, Dapat Upah Lebih RM200 Sehari

Pekerjaan sebagai penggali kubur sering kita lihat digalas oleh orang-orang yang lebih berumur.

Namun jarang sekali kita lihat pemuda dalam lingkungan umurnya 20-30 tahun sanggup menggalas tanggungjawab fardu kifayah ini.

Sesetengah golongan muda menganggap pekerjaan ini leceh dan tidak sesuai dengan mereka atas beberapa faktor.

Penggali kubur berdepan pelbagai cabaran

Contohnya harus berjemur di bawah matahari terik. Malah lebih teruk apabila tiba musim tengkujuh.

Penggali kubur harus berlumuran dengan tanah yang berselut untuk menyiapkan kerja dalam tempoh masa tertentu mengikut permintaan.

Tambahan pula dalam pandemik ketika ini, maka makin bertambahlah faktor-faktor lain yang menjadi cabaran kepada pekerjaan ini.

Pemuda tidur di sebelah kubur jenazah yang baru meninggal dunia

Walaupun begitu, lain pula yang terjadi di negara jiran kita. Baru-baru ini, sebuah video di aplikasi TikTok telah tular apabila sekumpulan pemuda dari Kabupaten Tabalong, Kalimantan Selatan, Indonesia.

Kumpulan pemuda tersebut di lihat sedang tidur di sebelah kubur jenazah yang baru sahaja meninggal dunia.

Kumpulan pemuda tersebut adalah penjaga kubur

Mereka difahamkan adalah penjaga kubur di situ dan ditugaskan untuk membaca Al-Quran sepanjang bertugas.

Di dalam video tersebut juga, mereka dilihat mendirikan khemah di kawasan perkuburan tersebut.

Mudah untuk mereka jaga kubur jenazah secara bergilir

Hal ini untuk memudahkan mereka untuk menjaga kubur jenazah secara bergilir-gilir setiap masa.

Berdasarkan informasi yang diberi oleh portal Tribun Palu, pemuda-pemuda yang tidur di kubur itu adalah M.Ramlan, M.Arsyad Maulana, Rama Ikhwan, Suriyani dan Haris.

Khemah, kipas, makanan dan minuman antara kelengkapan mereka

Selain khemah, mereka juga turut membawa beberapa kelengkapan seperti kipas, makanan ringan dan minumanan di kawasan kubur yang dijaga itu.

3 tahun saya menjaga kubur

M.Arsyad Maulana iaitu salah seorang daripada penjaga kubur itu menyatakan bahawa dia telah melakukan pekerjaan ini selama tiga tahun.

“Sudah tiga tahun saya menjaga kubur. Lebih 50 kubur dah saya jaga,” jelasnya.

Dia juga menjelaskan bahawa dia menjaga kubur tersebut bersama rakan-rakannya atas permintaan daripada keluarga jenazah.

Permintaan daripada keluarga yang meninggal

Kebiasaannya mereka akan menjaga kubur itu selama tiga hari dan tiga malam sambil membaca Al-Quran.

“Permintaan daripada keluarga yang meninggal, yang kami lakukan hanyalah membaca Al-Quran,” kata Arsyad.

Arsyad juga menyatakan bahawa Al-Quran adalah barang yang paling penting untuk dibawa sepanjang bertugas menjaga kubur jenazah.

Pekerjaan menjaga kubur adalah pilihan dan kemahuan saya

Selain daripada kipas, makanan ringan dan minuman, dia juga turut ada membawa bantal, kain pelikat, pemanas air dan kopi sebagai barang persediaan untuk betugas di situ.

Arsyad menjelaskan bahawa bekerja sebagai penjaga kubur adalah atas pilihan dan kemahuannya sendiri.

Upah sejuta rupiah sehari

Malah, ibu bapanya juga turut dilaporkan menyokong dan memberi keizinan atas pekerjaan mulia yang dilakukannya itu.

Arsyad akui bahawa dia akan dibayar sebanyak sejuta rupiah sehari (RM290) sebagai upahnya menjaga kubur.

21 juta tontonan setakat ini

Namun upah yang diberi tersebut difahamkan tidak termasuk sekali dengan kos makanan mereka.

Setakat ini, video tular di aplikasi TikTok itu telah mencecah lebih daripada 21 juta kali tontonan.

Video yang tular di TikTok

@oreo_bamban #tatap jaga mental kalian walupun bulu kuduk sdh merinding #fyp #foryou #foryoupage #fypdongggggggg ♬ suara asli – LanuT