Selalunya bila sebut sahaja askar, terus terbayang dalam minda kita; seorang individu berbaju celoreng dan berwajah tegas.

Malah kita juga memahami bahawa latihan-latihan keras yang dilalui mereka adalah semata-mata untuk membina kekuatan mental dan emosi, selain turut meningkatkan daya fizikal.

Tapi mungkin ramai yang tidak perasan, di sebalik ‘kerasnya’ anggota tentera itu, terselit satu nilai kelembutan dalam jiwa rohani mereka, lebih-lebih lagi berkenaan pegangan agama dalam diri.

Ini bertepatan dengan langkah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mewujudkan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) sebagai usaha menerapkan nilai murni serta mempertingkatkan rohani dalam hati seorang perajurit.

Hari ini, tular di media sosial tentang satu video memaparkan salah seorang anggota tentera kita yang mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran ketika di lapangan.

Seorang warganet, Muhammad Fakhruddin memuat naik video tersebut ke akaun TikToknya bagi dikongsikan buat tontonan umum.

“Alhamdulillah, dalam kepenatan sambil menghafal,” tulisnya ringkas di ruangan caption video tersebut.

Aksi menyentuh hati ini mendapat pujian daripada ramai warganet, rata-rata mereka terharu dengan keperibadian individu tersebut.

Bukan sahaja keras gagah di luar, malah lembut pula di dalam (hati).

“Tenang je dengar suara..”

Sementara itu, ramai warganet menzahirkan penghargaan masing-masing. Kata mereka, alunan bacaan itu agak merdu, sekaligus sampai menyentuh hati mereka yang mendengarnya.

“Ini mesti bekas budak tahfiz….”

Tidak kurang juga, ada yang beranggapan insan ini merupakan bekas pelajar tahfiz. Mungkin kerana kefasihannya menyebut huruf Al-Quran dengan makhraj yang tepat.

“Bukan senang nak jumpa askar pandai baca Quran…”

Selain itu, ada yang menzahirkan rasa kagumnya apabila melihat seorang perajurit yang gagah perkasa mampu mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran dengan lunak.

“Content buat orang lagi hormat askar..”


Malah ada juga yang berpendapat, kandungan video berunsur kerohanian seperti ini lebih diperlukan untuk dijadikan tontonan awam di media sosial.

Video yang tular di Tiktok

@armyy647Alhamdulillah☺️Dalam kepenatan smbil menghafal🤲🏻 ##fyp ##tiktokviral ##mengaji ##alquran ##hafalan ##army♬ original sound – Muhammad Fakhruddin

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.