[VIDEO] Baru Darjah Tiga ‘Berdesup’ Pandu Kereta, Polis Mulakan Siasatan

Sejak pagi tadi, satu video telah tular di media sosial mengenai seorang kanak-kanak yang berusia sembilan tahun memandu kereta.

Menerusi video berkenaan, seorang lelaki menemubual seorang kanak-kanak yang memandu sebuah kereta Proton Saga.

Budak sembilan tahun pandu kereta

Dalam video berkenaan, lelaki tersebut sempat bertanya siapa yang mengajar kanak-kanak tersebut memandu kereta.

Budak tersebut menyatakan ayah yang mengajarnya memandu kereta menerusi rakaman video yang berdurasi 54 saat itu.

Tindakan akan diambil

Ekoran daripada itu, polis sedang mengesan budak tersebut selain termasuk ibu bapanya untuk siasatan lanjut kerana membenarkan anak bawah umur memandu kenderaan.

“Kita akan jalankan siasatan lanjut berdasarkan maklumat video yang tular itu dan tindakan akan diambil” lapor Sinar Harian.

Kita masih belum menerima sebarang laporan polis

“Bagaimanapun setakat ini kita masih belum menerima sebarang laporan polis mengenainya,” kata Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam.

Semoga isu berkenaan dapat menjadi pengajaran dan contoh teladan kepada kita semua.