[VIDEO] “Daddy jangan pergi..” Lebih 5 Bulan Tak Jumpa Kerana PKP, Reaksi Anak Buat Netizen Sebak

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah selamanya. Sebelum ini, tular mengenai seorang kanak-kanak perempuan meluahkan rasa rindu kepada si bapa.

Kanak-kanak tersebut sudah lebih 5 bulan tidak berjumpa kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kerinduan anak kecil ini terubat

Akhirnya, kerinduan anak kecil ini akhirnya terubat selepas si bapa dibenarkan pulang ke rumah untuk berjumpa keluarga.

Menerusi Facebook, Ain Nasuha Safie memuatnaik video memaparkan reaksi Arissa Arianna dan adiknya apabila melihat daddy kesayangan mereka berada di rumah.

“hai semua, masih ingat kakak Arissa Arianna yang dah 5 bulan lebih tak dapat jumpa dady dia sebab PKP tu”.

Berkat doa semua

“Berkat doa semua kakak dah dapat jumpa dady dia, thank you semua. Ramai sangat dm pm minta video nak tgk riaksi anak2 jmpe dady”.

“Alhamdulillah lepas je 2 country dah umumkan boleh pulang dari singapore , Ayol dah apply awal2 tarikh nak balik under PCA”.

“Dia dapat balik batch ke 2 , nak balik ni kena ikut batch by batch, so tarikh ayol dapat balik (saturday) 5 september 2020, iaitu besok”.

Duit letak tepi asalkan dapat jumpa anak-anak

“Ya sepatutnya esk dady baru balik, company tempat kerja ayol cuma bagi balik 7 hari sahaja, keluar je kastam kena balik rumah terus”.

“Kos nak balik pening la jugak, untuk kuarantin je kena $800 ( Rm2400 ) swabs test rm200”.

“Duit dady letak tepi, asalkan dia nak balik juga jumpe anak2 . so kami pun sedia la menanti kepulangan dady x lama lagi”.

Hanya ada masa 3 hari sahaja

“Tuesday (1 september 2020) Ayol tengah kerja time tu, tibe2 manager dia call . bagitahu yang HR ayol salah letak tarikh, sepatutnye Ayol bukan batch ke 2, dia dan kawan sebilik dia batch first , tarikh balik 29 august 2020” .

“Manager dah pergi fight kt MOM pun x lepas , sebab mmg ade limit kan , so nak tak nak ayol and his friend ada masa 3 day “

“7 hari dapat jmpe pun dah rasa masa tu sangat singkat , ape lagi 3 hari je. Tapi xpe , kami BERSYUKUR jugak sebab dapat juga jumpe tau”.

Alhamdulillah, ada hikmah semua ini

“Ada yang lain belum dapat2 jumpa lagi , Alhamdulillah ade hikmah semua ni. Jadi ni lah aktiviti kami selama 3 hari tu . sehari duduk rumah je , selagi x dapat email result dari kkm x boleh keluar g mana2 pun”.

“Dapat result negative terus g bandar potong gelang kt sana , and terus jalan2 dalam jb je “org tanye x bahaya ke balik rumah terus peluk anak , jgn risau ayol dan kawan dia dah swab test awal2 kt singapore mmg negative , alhamdulillah dekat malaysia pun negative”.

Berkat doa kakan-kawan

“Masa singkat sangat anak2 baru nak happy. Last skali adehhh dia buat hal lagi dah, skrg bukan akk sorg je melalak , dgn adik sekali join dia dah faham jugak. sabar lah anak2 , ini ujian dugaan buat kita semua . inshallah ade hikmah nya”.

“Semoga yang belum jumpa keluarga dapat jumpa semula dan semoga cepat2 virus ni hapus , aaminallahumaamin. Terima kasih semua mendoakan kami”.

“Alhamdulillah berkat doa kawan2 semua , termakbul juga permintaan kakak arissa nak jumpa dady dia . terima kasih banyak-banyak”.

Semoga lebih ramai yang dapat pulang ke pangkuan keluarga selepas terpaksa berjauhan sebelum ini.